GARA-GARA hobi suka membeli barangan dalam talian, siapa sangka seorang wanita di Dak Lak, Vietnam bertemu jodoh dengan seorang kurier yang kacak!

Hoang Y Phi yang berusia 20 tahun dikatakan memang sakan bershopping online dan kebanyakan barang tersebut terus dihantar ke syarikat majikannya.

Si penghantar barangan pula orang yang sama.

Seperti yang dilakukan selalu, Y Phi hanya menyapa lelaki itu dengan ucapan terima kasih dan terus bergegas masuk ke pejabat semula.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya si abang kurier, Duy Quang yang berusia 27 tahun menyimpan hati terhadap Y Phi.

jodoh

Alasannya cukup comel. Ia disebabkan suara wanita tersebut yang cute berserta pakej wajah yang cantik.

Lapor vietnam.postsen.com, lelaki kacak berkenaan kemudiannya memberanikan diri bertanyakan soalan sama ada Y Phi mempunyai teman lelaki.

jodoh

Wanita tersebut yang terkejut dengan soalan itu terus menjawab dirinya masih single.

Meskipun menerima panggilan telefon daripada lelaki berkenaan, namun Y Phi tidak menghiraukannya kerana beranggapan Quang hanya bergurau mahu menjadikannya sebagai teman wanita.

jodoh

Apatah lagi, Y Phi yang juga pekerja syarikat pengimport lada tidak yakin dengan diri kerana memiliki berat 100 kilogram (kg) dan berdepan siri putus cinta yang bukannya sedikit.

Pun demikian, bukan sehari tetapi empat hari berturut-turut Quang cuba menghubunginya tanpa putus asa sehinggalah pasal satu hari, Y Phi membalas mesej yang dihantar.

Baca juga Jodoh rahsia ALLAH, wanita sebak pertama kali jumpa suami 7 bulan nikah ‘online’

Gigih ya lelaki dengan ketinggian lebih 160 sentimeter dan berat 60 kg berkenaan berusaha untuk memenangi hati gadis yang disukai.

jodoh

Kisah percintaan pasangan tersebut viral di media sosial dan majlis perkahwinan mereka disambut meriah di kedua-duan belah famili pengantin.

DITUDUH PISAU CUKUR

Cerita indah itu tidak berakhir begitu sahaja.

Walau sudah bergelar suami isteri, pasangan tersebut tidak terlepas dengan tuduhan segelintir netizen yang mengatakan lelaki tersebut hanya mahukan mempermainkan Y Phi demi wang.

jodoh

Lagi dahsyat, mereka menuduh Quang seorang yang mahu mengikis wang isterinya dan tidak mempercayai hubungan cinta tersebut.

Iklan

Sedihkan apabila masih ada manusia toksik yang cuba menghancurkan rumah tangga orang lain.

Baca juga [VIDEO] Nikahi lelaki ‘tua’ 18 tahun, kalau dah jodoh tak ke mana

Memetik kata-katanya dalam portal tersebut, Y Phi terkesan dengan komen negatif yang dikongsikan di media sosial dan cuba bersangka baik.

jodoh

“Ramai yang kata Quang hanya mahu kaya di samping saya dan mengatakan perkara-perkara tidak baik yang hanya menyakitkan hati.

“Namun saya percaya kepadanya dan ahli keluarga kami juga memberi sokongan padu. Semua itu membuatkan saya rasa beruntung,” katanya.

Baca juga Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

Iklan

Sekarang ini difahamkan Quang sudah berhenti kerja sebagai kurier.

jodoh

Beliau kini bekerja di bawah satu bumbung dengan isterinya.

Betullah orang kata cinta itu buta dan kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana.

Buat netizen, janganlah dengki dengan mereka dan kalau boleh, mendoakan pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah. Gitew!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan