Tak sempat nak tayang rekod Guinness World Records, skydiver tertua meninggal dunia

SELAGI ada kemahuan, di situ ada jalannya. Tak kiralah berapa usia kalian, kalau sudah menanamkan azam untuk melakukan sesuatu, pasti boleh dicapai pada suatu hari nanti.

Mungkin lambat atau cepat sahaja.

Seorang warga emas di Brookdale Lake View, Chicago, Amerika Syarikat merupakan salah satu individu yang patut kita semua contohi.

Lapor portal NPR, Dorothy Hoffner yang berusia 104 tahun buat sekian lamanya menyimpan impian untuk menjadi penerjun udara tertua sekali gus mahu memecah rekod dunia.

rekod dunia

Beliau yang tinggal di rumah jagaan orang tua menyuarakan nekad mahu merealisasikannya sebelum menutup mata.

Untuk itu, Hoffner mendapatkan servis yang dikendalikan Skydive Chicago bagi melakukan penerjunan pada ketinggian 13,500 kaki dari pesawat di utara Illinois.

 

Meskipun dibantu jurulatih profesional, namun ramai yang seriau melihat wanita yang berusia lebih 100 tahun itu terjun pada jarak yang begitu tinggi.

Baca juga Wanita manusia tertua di dunia meninggal pada usia 118 tahun, 8 info tentangnya

Berkongsi pengalaman terbang selama tujuh minit, nenek tersebut menyifatkan ia satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

rekod dunia

“Saya sudah berusia 104 tahun dan tiada masalah untuk melakukannya. Apa kaitan umur dengan apa yang anda mahu lakukan? Jadi buat saja tanpa ragu-ragu,” katanya.

IMPIAN TERAKHIR

Kisah Hoffner yang dikatakan bakal memecah rekod dunia itu, bagaimanapun diakhiri dengan berita sedih.

rekod dunia

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 8 Oktober lalu ketika tidur iaitu selepas beberapa hari melaksanakan misi yang selama ini menjadi cita-citanya itu.

Baca juga Bette Nash pecah rekod dunia, muncul pramugari tertua di dunia berkhidmat di awan biru

Iklan

Memetik jurucakap Guinness World Records, pihaknya masih dalam proses penilaian sebelum membuat pengiktirafan Hoffner sebagai penerjun tertua di dunia.

rekod dunia

Linnea Ingegard Larsson yang berusia 103 tahun dari Sweden masih memegang gelaran tersebut selepas membuat terjunan pada Mei tahun lalu.

Menurut laporan NPR lagi, mendiang Hoffner difahamkan turut merancang mahu menyambut ulang tahun kelahiran dengan menaiki belon udara panas.

rekod dunia

Semangat warga emas itu harus dijadikan teladan kepada kita yang masih muda.

Iklan

Baca juga Wanita tertua di dunia masih minum Coca-Cola pada usia 119 tahun! Ini fakta menarik lain tentang beliau

Daripada apa yang dilakukan itu, sememangnya membuktikan usia bukan penghalang untuk kita melaksanakan sesuatu. Nak atau tak nak jer.

rekod dunia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang