GARA-GARA mahu mencari destinasi viral di Tiktok, seorang wanita maut selepas terjatuh dari kawasan lereng gunung yang curam di Taman Negara Snowdonia, Wales, United Kingdom.

Mangsa, Victoria Luck yang berusia 47 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari kedudukan setinggi 150 kaki gara-gara memburu ‘kolam infiniti’ yang kononnya menjadi destinasi carian ramai.

Lapor nationalworld.com, ibu kepada dua cahaya mata tersebut dikatakan begitu taksub dengan keindahan spot yang popular di media sosial dan berusaha untuk menjejakkan kaki ke sana.

kolam infiniti

Berkerja sebagai guru pendidikan khas, Luck bersama kekasihnya, Matthew Radnor termasuk seekor anjing peliharaan jenis baka Collie-Cross telah merancang percutian ke Taman Negara Snowdonia untuk mencari lokasi sebenar ‘kolam infiniti’ itu.

Masalahnya, mereka tidak mempunyai sebarang peta atau isyarat untuk sistem navigasi ketika berada di dalam hutan berkenaan. Apalagi sesat bagailah!

kolam infiniti

Menurut keterangan Radnor, beliau dan kekasihnya mengambil keputusan untuk turun secara berasingan.

Beliau melalui jalan paling mudah bersama anjing, manakala Luck pula mengambil laluan lebih sukar.

Baca juga Seronok bertukar tragedi, nurse maut terjatuh pemainan taman tema 66 kaki

kolam infiniti

Barangkali mahu pulang lebih cepat, wanita tersebut dikatakan sanggup meredah kawasan parit dan menuruni lereng curam dari kawasan pergunungan berkenaan.

Pun demikian, malang tidak berbau apabila Luck dikatakan tergelincir dan terjatuh!

Memetik laporan itu lagi, Radnor mengakui terdengar jeritan wanita berkenaan, namun tidak melihatnya jatuh dari ketinggian 150 kaki.

Baca juga Wanita maut terjatuh, tergelincir ketika rakam foto, ini kronologi kejadian

kolam infiniti

Tidak mahu sesuatu buruk berlaku kepada kekasih hatinya, lelaki berkenaan cuba untuk membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis.

Namun, sekali lagi Radnor diduga apabila telefon bimbitnya kehabisan bateri.

Mahu tak mahu, beliau terpaksa meninggalkan jasad kekasihnya dan terus menuju ke Mountain Rescue untuk mendapatkan pertolongan.

Baca juga Misteri remaja 15 tahun terjatuh dari kapal mewah. Percutian menjadi mimpi ngeri kepada semua penumpang

kolam infiniti

CARA KEMATIAN DIRAGUI

Meskipun kisah malang Luck dilaporkan berlaku pada 19 Disember lalu, namun jawatankuasa inkues masih berjalan sehingga kini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kerana kes tersebut menimbulkan keraguan.

Iklan

Ini kerana menurut laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Penolong Koroner Kanan Barat Laut West, Sarah Riley mengklasifikasikan tragedi itu sebagai kematian ‘misadventure‘.

kolam infiniti

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Gordon Luck menyifatkan mendiang seorang ibu yang berdedikasi, penyayang dan berbakat.

“Pemergian Luck adalah satu kehilangan cukup besar dan semua akan merinduinya,” katanya.

Baca juga Demi content, influencer wanita maut terjatuh kren setinggi 160 kaki

kolam infiniti

Berdasarkan rekod, ‘kolam viral’ tersebut yang terletak berhampiran lereng bukit telah dibina oleh seorang petani, Wyn Mostyn Jones pada tahun 2016 untuk projek tenaga hijau.

Selepas destinasi itu menjadi tumpuan pelancong selepas sempadan dibuka, lokasi tersebut menerima lambakan pelancong.

Iklan

kolam infiniti

Melihat foto yang viral di media sosial, memang cantik dan menawan. Namun SinarPlus memang tidak sanggup bergadai nyawa untuk ke sana semata-mata mahu bergambar.

Kejadian tersebut patut menjadi iktibar kepada influencer yang rata-ratanya suka bergambar.

Jangan merisikokan diri hanya kerana mahu mendapat like yang banyak!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan