LIBURAN di taman tema adalah antara acara kegemaran untuk bersantai bersama keluarga dan rakan. Namun siapa sangka ia menjadi lokasi seorang jururawat menemui ajal akibat terjatuh pemainan taman tema setinggi 66 kaki.

Mencuba permainan mencabar mengujakan dan boleh melepaskan tekanan susulan kenaikan paras dopamin yang mencetuskan rasa gembira.

Bagaimanapun, keseronokan bertukar tragedi apabila jururawat, Yasmili Araujo, 23, yang terjatuh daripada platform permainan ‘zip line’ di sebuah taman tema air di Brazil.

 

Araujo yang mengunjungi taman tema itu bersama teman lelakinya dilihat oleh saksi telah memanjat ke bahagian atas permainan itu tanpa sebarang perlindungan di Piracema Park Club, di bandar Rio Branco.

Baca juga: Nak seronok rupanya perangkap maut, gadis tercekik muntah sendiri ketika bermain di fun fair

Baca juga: Bapa ke tandas sebentar, anak 8 tahun maut jatuh gelongsor air 50 kaki sedang diselenggara

Hanya beberapa saat sebelum kru menawarkan graduan kejururawatan itu tali pinggang keselamatan, beliau tergelincir melalui lubang dan jatuh ke bawah!

Lapor Mirror UK, bomba yang tiba di tempat kejadian mengesahkan Araujo terjatuh dari ketinggian 66 kaki (20.1 meter)

Susulan terjatuh dan cedera parah, paramedik mendapati beberapa tulangnya Araujo mengalami patah.

Pelbagai usaha dilakukan namun malangnya jururawat itu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke hospital.

Baca juga: Buaya sepanjang 12 kaki disangka patung plastik, lelaki sempat bergambar sebelum cedera parah dibaham

Iklan

Menerusi foto yang dirakam, mereka mendapati Araujo memanjat tangga ke platform, sebelum dia tiba-tiba ‘ hilang’ daripada pandangan. Beberapa saat kemudian dia kemudian dilihat jatuh.

Pihak bomba mendapati platform permainan itu belum mendapat kelulusan untuk digunakan. Lebih memeranjatkan, ia dipasang pada saat akhir iaitu pada waktu pagi sebelum kejadian tragis itu berlaku.

Polis Brazil kini melancarkan siasatan berhubung kes itu.

Iklan

Sumber: Mirror UK

Baca juga: Maut ditanduk, kambing kena penjara, pelik tapi benar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.