Talay, penyu terlaju, berenang sejauh 30 kilometer dalam masa 3 hari

A
A
A

 

PENYU adalah spesies haiwan yang terancam. Ia semakin pupus akibat pelbagai punca. Setiap tahun, populasi penyu yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan.

Di peringkat global, semua spesies penyu tersenarai dalam Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

Haiwan ini merupakan komponen penting dalam mengimbangi kestabilan ekosistem marin. Malah ini merupakan ikon untuk pelancongan yang mampu menarik minat umum kepada konservasi alam sekitar.

Talay, penyu terlaju, berenang sejauh 30 kilometer dalam masa 3 hari

Baru-baru ini, seekor penyu hijau direkodkan menempuh perjalanan kira-kira 30 kilometer (18.64 batu) dalam masa tiga hari, mengikut data yang diterima dari alat penjejak satelit pada tubuhnya.

Penyu itu dijumpai sembilan bulan lalu di Marmaris, barat daya Turki, setelah cedera kerana menelan joran dan pancing.

Orang ramai teruja untuk melihat penyu itu kerana ia merupakan penyu muda hijau pertama yang dijumpai di Turki.

 

Baca juga: [VIDEO] Penyu belimbing sesat di air tawar, penduduk prihatin sanggup pindahkan ke laut

 

Talay, penyu terlaju, berenang sejauh 30 kilometer dalam masa 3 hari

Penyu yang diberi nama Talay itu dibawa ke Pusat Penyelidikan, Penyelamatan dan Pemulihan Penyu Laut (DEKAMER) dan dirawat.

Talay dilepaskan ke habitatnya beberapa hari yang lalu dan dipasangkan alat perakam satelit pada badannya.

Pada hari pertama, penyu itu direkodkan menempuh perjalanan sejauh 10 kilometer dan sampai ke Teluk Ekincik yang juga terletak di Muğla.

Pada akhir hari ketiga pula, Talay menempuh sejauh 20 kilometer lagi dan sampai di Aksaz di Marmaris.

 

Baca juga: Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

 

Menurut DEKAMER, mereka akan terus memerhati Talay kerana melaluinya mereka menemui pelbagai lagi spesis penyu di laut.

Penyu merupakan hidupan marin dan hidup di dalam air laut masin. Ia tergolong di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung.

Sumber: Daily News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang