Tarik 2 lori 10 tan dengan duduk di atas kerusi roda. Semangat lelaki OKU ini memang luar biasa!

A
A
A

BERJAYA memenangi pertandingan Strongman, David Walsh buktikan OKU juga boleh berjaya.

Mereka yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal bukan bermakna mereka hanya akan tersandar dan berbaring sepanjang hayat.

Ramai Orang Kelainan Upaya (OKU) yang SinarPlus kenali cukup bersemangat dalam melakukan apa sahaja untuk terus survival bersama keluarga dan orang sekeliling.

Tidak keterlaluan untuk kami katakan, kadangkala mereka lebih rajin mencari rezeki daripada orang normal. Betul tak?

Apa yang berlaku David Walsh, 35, perlu dijadikan contoh dan teladan yang paling baik buat kita.

Menurut laporan Metro UK, Walsh yang merupakan bapa kepada tiga anak pada awalnya didiagnosis menghidap sklerosis berbilang yang menjadikannya cepat letih.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau nekad dan berlatih untuk menjadi lelaki kelainan upaya terkuat di dunia yang berjaya menarik dua lori seberat 10 tan dengan duduk di kerusi roda! Itu adalah pencapaian terkininya!

Imbau Walsh, selepas bersedia dari aspek fizikal dan mental, dirinya bersaing dalam cabaran Strongman pada tahun 2017 selepas menghidap penyakit itu selepas lima tahun.

“Pada mulanya, latihan yang saya perlu lalui sangat sukar, namun saya tetap bertanding. Saya turut digelar Sitting Bull berdasarkan beberapa kejayaan yang dikecapi.

“Saya juga bertanding buat pertama kali sebagai OKU pada pertandingan Strongman dan menjadi OKU Terkuat England dan menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Lelaki Terkuat Britain,” katanya.

Lebih menakjubkan, Walsh turut mencipta rekod dunia apabila menjadi orang pertama yang duduk sambil melakukan acara deadlift 960 lbs.

“Kembali dalam bidang sukan memberi impak yang sangat besar dan memberi saya persepsi berbeza dalam hidup saya.

“Saya juga berasa lebih lega kerana masih boleh menjadi seperti dahulu,” terangnya yang turut bekerja dalam sektor pengangkutan.

MURUNG SEBELUM BANGKIT

Kepada Metro UK, Walsh berkata, sebelum didiagnosis menghidap penyakit berkenaan, beliau seorang yang gemar dan kerap bertanding dalam sukan Strongman itu.

Sebelum terlupa, beliau adalah bekas seorang askar!

“Bagaimanapun, pada tahun 2014, saya mengalami kebas pada bahagian lengan kanan semasa sesi latihan dan kemudiannya merebak ke seluruh badan.

“Saya ingatkan kebas itu disebabkan keletihan, namun setelah didesak oleh isteri, akhirnya saya mendapatkan rawatan doktor dan beberapa ujian dilakukan. Ya, saya disahkan mempunyai sklerosis pelbagai,” ujarnya mengalami kemurungan selama beberapa tahun sebelum dapat menerima hakikat terhadap apa yang berlaku ke atasnya.

“Bayangkan orang yang kuat, bijak, berkerjaya dan berkeluarga berubah kepada seseorang yang tidak tahu apa nilai diri dalam sekelip mata.

Baca juga Tinju di media sosial kegilaan golongan muda. Pertarungan bintang TikTok dan Youtube buru kejuaraan

“Lagi-lagi apabila gejala menyerang, saya buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidup,” katanya.

Setelah kembali ke gimnasium beberapa bulan selepas merentas episod depresi, beliau kembali mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan Strongman.

Membaca kisah Walsh membuatkan SinarPlus tiba-tiba terus bersemangat. Betul kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, mana mahu dapat sagunya.

Lelaki itu juga bertuah kan sebab memiliki isteri yang sama-sama berjuang untuknya. Ishh...tak semua wanita boleh terima kekurangan pasangan hidupnya.

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram!

Justeru, jika kalian sedang melalui pengalaman sama, contohilah Walsh. Insya-ALLAH, segala-galanya akan baik-baik sahaja. Kena tingkatkan kesabaran dan keimanan kita.

Jangan rasa diri kekurangan, masyarakat sentiasa akan memberi sokongan kepada kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang