MENYEDEKAHKAN naskhah Al-Quran adalah perkara yang mulia. Selagi naskhah itu dibaca, sselagi itulah kebaikannya mengalir buat pemberinya.

Bersedekah naskhah Al-Quran amat baik kerana ia memudahkan orang lain membaca dan menyebarkan ayat-ayat suci itu.

Malah pahala sedekah jariah akan terus mengalir sekalipun pemberinya sudah telah meninggal dunia.

Wanita Malaysia yang kini berada di negara kelahiran suaminya iaitu Guinea, Afrika Barat sejak Julai lalu sering berkongsi perkembangan dirinya di sana.

Fila bersama suami dan ibu mertuanya.

Fila Amir menerusi video yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, Mr & Mrs Camara membeli naskhah Al-Quran dan membawanya ke madrasah sebelum diserahkan kepada anak-anak tahfiz itu.

Dalam video berdurasi 12 minit itu, Fila bersama suaminya, Adama Mohamed Camara berkongsi tentang masyarakat Islam di sana.

Malah, wanita kelahiran Kubang Pasu, Kedah itu juga turut melalui pengalaman pertama mengikuti suami menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan rumah keluarga mereka.

Menurutnya, di Guinea, wanita turut serta solat Jumaat di masjid. Dia yang berasa janggal pada awalnya lama-kelamaan berasa selesa.

Fila bersama wanita Islam di sana.

Sesudah mengerjakan solat Jumaat, dia dan suami menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada anak-anak tahfiz disana. Ia termasuklah 100 naskhah sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Dalam masa yang sama, mereka juga turut merakamkan keadaan madrasah tersebut dan meninjau proses pembinaannya.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata wargamaya memuji sikap pasangan itu yang perlu menjadi contoh kepada masyarakat.

Antara Al-Quran yang disumbangkan.

Baca juga Wanita Kedah Kongsi Pengalaman, Menetap Di Guinea Kampung Suami, Raih Perhatian Warganet

Iklan

“Alhamdulillah, Fila dengan suami dapat pahala jariah. Sebab setiap kali budak tahfiz baca, Fila dan suami dapat pahala.”

“Alhamdulillah, satu usaha murni yang cukup mulia oleh Fila dan Adama. Inilah saham akhirat yang terjamin.”

“Moga penyumbang dan usaha Fila dan suami diberkati ALLAH. Teruskan usaha, moga istiqamah.”

Iklan

Terdahulu, perkahwinan Fila berusia 26 tahun bersama Adama pada bulan April 2019 pernah tular di media sosial berikutan bertemu jodoh dengan jejaka dari benua Afrika.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: YouTube Mr & Mrs Camara