Tergamaknya ibu, sanggup bungkus jasad bayi dalam kotak di asrama

A
A
A

TERGAMAKNYA seorang ibu sanggup meninggalkan jasad bayi dipercayai anaknya sendiri di asrama dengan membungkusnya di dalam sebuah kotak.

Selalunya kelahiran cahaya mata tersayang adalah antara momen sering dinanti-nantikan setiap pasangan.

Kesakitan saat melahirkan diibaratkan seperti 20 batang tulang patah sekali gus, menggambarkan proses bersalin adalah perjuangan si ibu antara hidup dan mati.

Namun tidak diketahui ke mana perginya kasih kepada anak, ibu muda itu sanggup berbuat demikian.

Insiden penemuan jasad bayi di sebuah rumah yang dijadikan asrama di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia menggemparkan.

Menurut Kompas, bilik asrama berkenaan yang dimiliki sepasang suami isteri itu terdahulu disewa seorang gadis dikenali sebagai NM yang disyaki sebagai ibu bayi berkenaan.

Bagaimanapun gadis itu tidak pulang selepas ke luar daerah pada Disember 2021.

“NM beritahu kami dia hendak ke Kendari untuk ‘refresh’ pada Disember 2021. Namun dia tidak pernah pulang dan bayaran sewa tertunggak selama lima bulan,” kata pemilik asrama dikenali sebagai Nulfa.

Menurut Nulfa, pada bulan Februari 2022, dia mula terhidu bau busuk dari bilik berkenaan.

Gambar hiasan

Dia kemudian memeriksa bilik berkenaan kerana bimbang kehadiran tikus atau kemasukan air hujan.

“Ketika itu saya terhidu bau seperti udang busuk, tetapi saya masih mengabaikannya,” tambahnya.

Dia berkali-kali menghidu bau dari sebuah kotak dan sempat mengalihkan kotak tersebut dari kedudukannya.

Tidak sedap hati dengan dengan bau kurang menyenangkan, Nulfa akhirnya memberanikan diri membuka kotak tersebut pada Sabtu lalu.

Kotak itu kata Nulfa, dibalut dengan dua lapisan beg plastik. Setiap lapisan beg plastik dilekatkan dengan pita pelekat berwarna coklat.

Saat membuka sebuah kotak kasut, bau objek itu semakin menyengat dan kelihatan sesuatu seperti pasir.

Gambar hiasan

Nulfa dan suaminya dibantu penduduk kampung bagi membuka kotak berkenaan dan menemui rambut dan tulang kepala bayi yang dibalut kain bercorak kulit ular.

"Ketika itu saya lemah. Saya berpeluh sejuk melihat semuanya," katanya menggambarkan cemasnya situasi ketika itu.

Jasad bayi yang dipercayai ditinggalkan sejak lima bulan lalu itu hanya tinggal tulang dan rambut. Ia kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Difahamkan pemilik rumah sewa itu masih cuba menghubungi bekas penyewa namun sehingga kini tiada khabar berita.

Apa perlu anda lakukan jika menemui mayat? Berikut langkah yang perlu dilakukan menurut MyHealth:

1- Jangan menyentuh mayat atau sebarang objek yang beada di sekelilingnya.

2-Hubungi balai polis berhampiran atau talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan polis peronda.

3-Jika anda merasakan bahawa tidak selamat untuk berada lebih lama di situ, tinggalkan tempat tersebut dan segera ke balai polis yang terdekat.

4- Maklumkan kejadian tersebut kepada pegawai yang bertugas.

5-Tindakan itu bukan sahaja boleh membantu pihak polis bertindak dengan lebih berkesan malah dapat menyelamatkan anda daripada disyaki terlibat kematian individu terbabit.

Apabila terjumpa mayat, jangan panik. Cuba bertenang dan berfikir secara rasional. Jangan lakukan sesuatu yang mungkin boleh disesalkan pada masa hadapan.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang