Kejam! 2 beradik disimbah air panas, dicucuh puntung rokok angkara pengasuh. Ini 11 tip pilih tempat asuhan

dera
October 7, 2021
Oleh Faezah Muda

PILU! Hati mana yang tidak luluh apabila melihat tubuh anak kesayangan berbirat sana sini.

Seperti baru-baru ini dua beradik mengalami kecederaan parah selepas disyaki disimbah air panas serta dicucuh api rokok dalam kejadian di Taman Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Johor.

Penderitaan dua beradik berusia enam dan 11 tahun itu disedari ibunya, M Vikneswari, 30, setelah pengasuh menghantar pulang mangsa menggunakan kenderaan e-hailing.

Menurut ibu tunggal itu, kedua-dua anak lelakinya dihantar ke rumah pengasuh sejak April lalu dengan kadar bayaran RM800 sebulan.

Katanya, dirinya yang kematian suami terpaksa menghantar anak ke pengasuh kerana bekerja sebagai pembantu kedai. Dek kerana sibuk mencari rezeki dirinya hanya sempat berjumpa tiga kali.

Menurutnya, dia juga dilarang berjumpa anak-anak dengan pelbagai alasan termasuklah sedang berkuarantin akibat kontak rapat Covid-19.

Ujar Vikneswari, selepas berbincang dengan majikannya mengenai masalah untuk berjumpa anak, dia dinasihatkan membuat laporan polis.

Namun, setelah pengasuh mengetahui tindakan Vikneswari, mereka menghantar kanak-kanak terbabit menaiki kenderaan e-hailing pulang ke rumah ibunya.

Katanya lagi, anak-anaknya memberitahu mereka didera dengan cara dipukul dengan rotan, getah paip, badan diikat, disimbah air panas serta dicucuh api rokok.

Susulan itu, Vikneswari membuat laporan di Balai Polis Nusa Bestari pada hari sama anaknya dihantar pulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan itu.

Kejam! Disimbah air panas, dicucuh puntung rokok angkara pengasuh. Ini 11 tip pilih tempat asuhan

Katanya, tiga individu berusia 22 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Dalam perkembangan baru, polis hari ini menahan dua lagi suspek sepasang suami isteri yang merupakan pengasuh kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek yang berusia 24 dan 32 tahun itu dikenakan tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.

Iklan

Katanya, dua daripada tiga individu yang ditahan polis sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam iaitu B Mariamah, 60, dan anak perempuannya, R Deeba, 37.

Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Kedua-duanya yang tidak bekerja kemudian dikenakan jaminan RM15,000 masing-masing namun kerana gagal membayar, mereka ditahan di dalam lokap di Skudai.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 24 November depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Dalam pada itu, ini tip memilih pengasuh anak atau mencari tempat asuhan anak-anak;

1. Pilih pengasuh yang ada latar belakang yang baik. Caranya, bertanyalah dan lakukan 'interview' sendiri.

Iklan

2. Cari pengasuh yang menjaga solat dengan betul. Bab ini korang kena pandai-pandai sendiri untuk menilai.

3. Cari pengasuh yang tiada anak kecil.

4. Dapatkan pengasuh yang ada anak-anak berjaya - contohnya anak belajar sekolah agama, jadi tahfiz, masuk IPT, jadi 'best student' dan sebagainya.

5. Dapatkan pendapat dari mereka yang pernah hantar anak ke rumah pengasuh tersebut. Dan lihat anak-anak mereka ini - adakah ok atau tidak setelah hantar ke rumah pengasuh itu.

6. Jika rumah pengasuh ada anak-anak lain, cuba perhatikan anak-anak ini. Lihat fizikal mereka. Cuba sembang dan tanya-tanya anak-anak tersebut. Anak-anak sukar nak bohong.

7. Lihat persekitaran dalaman rumah pengasuh. Ada bilik khas dan khusus untuk anak-anak adalah lebih bagus.

Pukul kanak-kanak

Baca juga “Lagi 1.6%...” KJ Saran Buat Ujian Kendiri Sebelum Rentas Negeri, Balik Kampung

8. Lihat juga apa yang disediakan untuk anak-anak; macam makanan, macam permainan, benda-benda untuk belajar. Selalu yang serius nak jaga anak-anak akan ada keperluan ini.

9. Adakan komunikasi berkesan antara korang sebagai ibu bapa dengan pengasuh, bina persahabatan; bukan anggap mereka seperti orang gaji yang dibayar semata nak jaga anak sahaja.

10. Untuk rumah pengasuh atau asuhan, lihat juga pekerja yang ada di situ. Pilih yang berdaftar.

11. Elakan dapatkan pengasuh yang jaga ramai anak-anak. Rumah asuhan, jangan lebih dari 15 kanak-kanak untuk tiga orang pekerja.

Sumber: hasrulhassancom