Penghantar makanan maut kemalangan, tak sempat bergelar bapa

A
A
A

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang. 

Walau bagaimanapun, seorang lelaki berusia 24 tahun tidak dapat merasai pengalaman tersebut apabila dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan dua motosikal dan sebuah van.

Menurut The Straits Times, mangsa, Jason Tan, bekerja sebagai penghantar makanan sedang cuba menyelesaikan 13 pesanan sebelum menerima inisiatif yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran tersebut.

Namun malang tidak berbau apabila mangsa terlibat dalam kemalangan di Gambas Avenue, Singapura.  

Menurut polis, mereka menerima panggilan berikutan kemalangan kira-kira jam 1 petang pada 10 April lalu. 

Kematian mangsa disahkan oleh Singapore Civil Defence Force. 

Baca juga: Pertemuan Terakhir Tak Dijangka, Mayat Wanita Florida Ditemui Ditanam Selepas Seminggu Hilang

Polis menahan pemandu van yang berusia 36 tahun atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian. 

Kredit foto: Shin Min Daily News

Menurut abang mangsa, Jeremy Tan, ini bukanlah rutin hujung minggu adiknya untuk bekerja.

“Kebiasaannya pada hujung minggu adik saya tidak akan keluar bekerja sekiranya adik ipar saya tidak bekerja. 

“Tetapi pagi ini dia tetap bekerja walaupun terlewat bangun pada pukul 9 pagi.  Mungkin disebabkan isterinya kini sedang hamil, dia tetap keluar bekerja untuk mendapatkan wang lebih bagi persediaan menimang cahaya mata.  

“Tidak ada ibu bapa yang menginginkan zuriat sekiranya tidak mampu menyediakan kelengkapan buat mereka,” ujar Jeremy.

Menurut abangnya lagi, adik iparnya sedang hamil tiga bulan dan pasangan berkenaan bercadang untuk ke pasar malam di Ang Mo Kio pada ahad sebelum pulang ke rumah untuk bermain mahjong bersama keluarga. 

Dia menyifatkan adiknya itu membawa kebahagian kepada keluarga dan sering membuat mereka ketawa. 

Pasangan itu dikatakan telah bercinta selama enam tahun sebelum berkahwin pada 5 Mac lalu.

Sehingga hari ini, kes kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Baca juga: 3 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Rempuhan Kereta, CCTV Rakam Kejadian

Baca juga: Guru Dihukum Mati Kerana Perkosa 13 Pelajar Sehingga 8 Hamil, 9 Fakta Berkaitan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang