SELEPAS tiga hari, mayat seorang warga emas berusia 60 tahun dijumpai dalam keadaan meniarap dan berbau di Desa Bontoduri, Sulawesi Selatan Indonesia pada Ahad lalu.

Mayat lelaki dikenali AM itu ditemui pemilik rumah sewa tersebut sekitar jam 8 waktu Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Makassar, AKP Wahiduddin mengesahkan penemuan tersebut dan menyatakan dia sudah tiga hari tidak ditemui jiran.

“Betul ada ditemukan mayat lelaki dalam biliknya sudah dalam keadaan berbau, dan dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, kejadian ini disedari Suyuti, 70, yang curiga kerana tidak melihat AM selama tiga hari keluar dari rumahnya.

“Saksi menjelaskan mangsa sudah tiga hari tidak keluar dari bilik. Beliau cuba mencari mangsa dengan mengintip melalui celah pintu dan melihatnya terbaring di atas katil,” katanya.

Pemiliknya itu mengetuk pintu bilik AM namun tiada respons dan menelefon pihak berkuasa untuk memeriksa.

Baca juga:Hancur hati, percaya dengan jalan perdamaian. Noh Salleh akur perintah mahkamah, serah Musa pada Mizz Nina

Baca juga:Hanya ingat mati. Wanita pandu Myvi hanyut dalam longkang bertaruh nyawa lawan arus deras, berikut kronologi kejadian

“Apabila pintu bilik tidur dibuka, mangsa ditemui dalam keadaan meniarap tanpa memakai pakaian,” kata Wahiduddin.

Daripada keputusan pemeriksaan, tiada sebarang bentuk keganasan ditemui pada mayat AM.

Baca juga:Rehat dan tenanglah cinta hati saya Faizal Tahir kongsi berita duka, ibu meninggal dunia

Iklan

Kematian didakwa akibat penyakit yang dihidapinya iaitu asma.

“Daripada beberapa keterangan saksi, disyaki mangsa mempunyai sejarah asma. Tiada sebarang kesan mencurigakan pada mayat, malah beberapa dadah turut ditemui di dalam biliknya,” ujarnya.

Sumber: Kompas.com

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang