Tidak tahan bebelan suami, ibu campak anak lelaki pekak, bisu dalam sungai buaya

Copy of Copy of gambar portal_20240509_053543_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240509_053543_0000
A
A
A

 

TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang wanita mencampakkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu ke dalam sungai yang dipenuhi buaya.

Suspek, Savitri Kumar, 32, dari Uttara Kannada, India barat sebelum itu bertengkar dengan suaminya, Ravi Kumar, 27, yang berulang kali meminta agar 'membuang kanak-kanak itu'.

Sumber berkata, Ravi didakwa mempersoalkan tentang kelahiran anak sulung mereka, Vinod, yang dikategorikan orang kurang upaya.

“Pasangan tersebut juga mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Mereka bergaduh mengenai anak sulung mereka baru-baru ini.

“Savitri tertekan dan dilaporkan membuang anaknya ke dalam terusan buangan yang mengalir ke sungai Kali yang dipenuhi buaya,” katanya.

Menurut media tempatan, wanita itu memberitahu polis bahawa suaminya yang bertanggungjawab.

“Ravi selalu cakap, ‘biarkan anak lelaki itu mati dan selalu dia lakukan hanyalah makan’.

“Kalau suami saya asyik berkata demikian. Berapa lama lagi seksaan yang anak saya boleh tahan?

Dengan siapa saya harus berkongsi kesakitan ini?” ujarnya.

Kejadian ngeri itu disaksikan oleh jiran, yang kemudiannya menghubungi polis.

“Susulan itu, penyelam dikerah untuk mencari budak itu di dalam air, tetapi tidak berjaya, kerana kegelapan malam menghalang operasi mereka.

“Mereka kembali pada pagi Ahad dan menemui mayat kanak-kanak itu, dapat dilihat kesan gigitan reptilia tersebut di seluruh badannya,” menurut sumber.

Kanak-kanak itu juga mengalami kecederaan parah dan kehilangan sebelah tangan.

Bedah siasat telah dijalankan untuk menentukan punca kematian kanak-kanak berkenaan.

Seorang pegawai polis menyatakan bahawa ia adalah kes 'pembunuhan' dan pasangan itu telah ditahan.

Sumber : Dailymail UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang