Tiga beradik tak sempat beli gula-gula di kedai, kesemuanya ditemui m@ut termakan roti beracun
LULUH hati seorang ibu apabila melihat anak-anak yang disayangi pergi selama-selamanya secara serentak. Lebih memilukan, beliau orang terakhir yang berjumpa dengan anak-anak.
Kejadian pada 14 Februari lalu meninggalkan memori pahit buat Marcelina Perez apabila niatnya untuk berjalan-jalan bersama keluarga ke rumah saudara di kota Chiapas, Mexico bertukar tragedi menyayat hati.
Sebaik tiba di rumah saudaranya, anak-anak meminta untuk membeli gula-gula di kedai berdekatan. Tanpa berlengah, si ibu memberikan wang kepada anak-anak dan mereka bergegas keluar untuk ke kedai.
Namun, tidak lama kemudian, wanita tersebut terkejut apabila diberitahu anak-anaknya yang berusia 2, 5 dan 6 tahun ditemui pengsan berdekatan kendai runcit. Dalam keadaan cemas dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, si ibu berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan nyawa anak-anak.
Beliau memberikan susu bersama limau dengan harapan anak-anaknya akan muntah tetapi tindakannya sudah terlambat. Dua orang anaknya disahkan meninggal dunia di dalam ambulans manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir ketika mendapat rawatan di hospital.
Siasatan lanjut pihak polis mendapati, anak-anak itu secara tidak sengaja telah makan roti yang diletakkan racun bagi menghapuskan anjing liar yang berada di kawasan itu.

Hasil bedah siasat mengesahkan tiga beradik berkenaan mengalami kegagalan pelbagai organ dalaman akibat kesan keracunan. Berikutan kes itu, dua individu yang merupakan penduduk tempatan telah pun ditahan bagi membantu siasatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
