Tradisi unik sambut Syawal, ini keistimewaan budaya 5 negara yang bikin netizen terkesima

A
A
A

RAIKAN Syawal dengan cara unik! Tidak hanya di Malaysia, beberapa negara lain juga mempunyai tradisi sambutan Aidilfitri dengan budaya tersendiri.

Tidak hanya himpunan makanan tradisional yang enak, laungan takbir dengan gaya luar biasa boleh membuatkan sesiapa saja rasa kagum.

Mana tidaknya, paluan deretan gendang dari atas bas atau trak mengelilingi kampung atau bandar memang meriah.

Itu belum lagi perarakan beramai-ramai dengan perang ketupat, selain gelombang anak perantau pulang ke kampung sehingga padat keretapi dan bas dibuatnya.

tradisi

Lapor Outlook Traveller, persiapan menyambut hari raya yang masih berbaki sehari lagi nampaknya semakin dirasai di seluruh dunia.

Bukan setakat menghias rumah dengan dekorasi cantik dan berbusana serba baharu, pengenalan adat resam yang mencerminkan warisan budaya juga tiada tolok bandingannya.

 

Berikut lima negara yang merayakan 1 Syawal dengan sambutan ritual paling sensasi yang bikin kalian teruja:

tradisi

1. Morocco

- Selain budaya berkumpul satu keluarga besar, masyarakat di sana juga wajib menyediakan sajian istimewa seperti msemmen, sejenis lempeng dan manisan pedas yang dipanggil sellou.

tradisi- Mereka akan memakai pakaian tradisi Maghribi, djellaba dan kaftan ikonik berwarna cerah untuk menaikkan mood perayaan.

tradisi

2. Mesir

- Tak sempurna sambutan Aidilfitri tanpa dekorasi lampu penuh sepanjang jalan, selain persembahan bunga api dan tarian rakyat.

Baca juga Resipi warisan hampir 50 tahun, mi sup daging ikonik dengan sentuhan tradisi Malaysia

- Sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya di masjid, para lelaki lebih cenderung untuk makan tiga biji kurma dan kemudian berkumpul beramai-ramai untuk menikmati jamuan mewah dengan hidangan ikonik seperti fatta dan koshari.

tradisi- Paling best, budak-budak dapat hadiah dan permainan percuma.

3. Turkiye

- Di Turkiye, sambutan hari raya dipanggil sebagai pesta gula yang berlangsung selama tiga hari.

tradisi- Sama seperti di negara kita, rakyat di sana akan memakai baju baharu dan melawat orang tua untuk memohon restu serta keampunan.

- Kanak-kanak juga diraikan dengan gula-gula dan duit raya.

tradisi- Amalan berkongsi makanan berupa baklava dan lokum kepada jiran tetangga dan mereka juga melawat kubur orang tersayang.

4. Indonesia

- Penduduk akan keluar untuk memukul beduk dan melaungkan takbir melalui pembesar suara mengelilingi bandar dengan trak atau bas.

tradisi- Menu utama bagi komuniti Jawa seperti ayam masak ungkep dan ketupat, manakala orang Padang lebih suka makan Rendang Padang.

Baca juga Wanita sanggup fun run sambil flip pankek sepanjang larian, ini tradisi lucu lebih 500 tahun

tradisi- Percaya tak kalau di Bali, mereka ada budaya perang ketupat yang menjadi simbolik pendamaian antara umat Islam dan Hindu di sana.

5. Arab

- Menjadi satu kelaziman bagi masyarakat Arab untuk berkumpul untuk solat berjemaah bersama sebelum bertukar hadiah dan berkongsi makanan tradisi Emirati.

tradisi- Seperti di Mesir, kawasan bandar tumpuan menjadi pesta cahaya dengan jalan dihiasi hiasan memukau.

- Lagi satu, mereka meraikan 1 Syawal dengan persembahan seni seperti membaca puisi, perarakan muzik, teater dan tarian, selain pertunjukkan bunga api.

tradisi

Menarik, kan? Siap ada persembahan bunga api besar-besaran diadakan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Jadi, bagaimana pula dengan persiapan anda? Sudah kasi setel semua?

tradisi

Apapun baju raya dengan aksesori perlu susun elok di dalam beg luggage, risau tertinggal pula bila nak balik kampung.

Okey! Selamat menyambut Aidilfitri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang