Tragis! Suami ker@t tubuh, kisar tulang isteri sebelum buang dalam sungai selepas bertengkar
KISAH tragis seorang wanita yang menjadi mangsa kezaliman suaminya sendiri bukan sahaja menyayat hati tetapi juga sukar diterima akal apabila seseorang yang dipercayai sanggup melakukan kejahatan sedemikian rupa.
Pada mulanya, Puttavenkata Madhavi dilaporkan hilang oleh ahli keluarga dan laporan polis dibuat di Balai Polis Meerpet, Hyderabad pada 18 Januari lalu.
Ketika ditanya mengenai keberadaan isterinya, Gurumurthy mendakwa bahawa Madhavi telah meninggalkan rumah dalam keadaan marah selepas bertengkar dengannya kerana melawat rumah saudara beberapa hari sebelumnya.
Namun, sebagai individu terakhir yang melihat mangsa, Gurumurthy yang juga seorang bekas tentera dipanggil untuk soal siasat bagi membantu siasatan kes.
Selepas ditanya soalan oleh pihak berkuasa, akhirnya Gurumurthy mengaku bersalah atas jenayah yang dilakukan iaitu membunuh isterinya.
Menurut laporan media, pelaku tergamak membunuh dan mengerat isterinya dengan kejam.
Polis mendedahkan Gurumurthy turut menghancurkan dan merebus tulang bersama jasad yang dipotong kecil bagi tujuan menghilangkan bukti.
Jenayah mengerikan ini dilakukan di dalam tandas rumah mereka selama tiga hari sebelum dibuang ke dalam sungai berhampiran.
Ketika jenayah kejam itu dilakukan, kedua-dua anaknya berada di rumah kakak suspek.
Setakat ini, pihak polis masih berusaha untuk mengesan beg yang berisi jasad mangsa di dalam sungai tersebut.
Walaupun sudah menggunakan bantuan anjing pengesan, usaha itu belum membuahkan hasil.
Kes masih diklasifikan sebagai orang hilang susulan tiada bahan bukti yang ditemui.
Sebagai info, Gurumurthy dan isteri telah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang