MUZIUM lilin Madame Tussauds di Berlin menarik perhatian umum dunia apabila patung lilin Donald Trump diletakkan berdiri di dalam tong sampah.

Reuters melaporkan, kelmarin, patung lilin Presiden Amerika Syarikat (AS) itu telah dibuang ke dalam sebuah tong sampah besar, dipercayai untuk menggambarkan senario pilihan raya presiden AS yang semakin hampir, Selasa ini.

Lebih malang lagi apabila patung lilin pemimpin terdahulu iaitu Barack Obama dan Canselor Jerman Angela Merkel, masih lagi dipamerkan dalam keadaan elok serta kemas.

Pameran di Madame Tussauds juga memiliki figura lilin beberapa Presiden AS yang terdahulu yang masih lagi dikekalkan.

'Trump' masuk tong sampah menjelang pilihan raya AS Selasa  ini
Patung lilin Trump di di sebuah muzium di Berlin ini diletakkan di dalam tong sampah oleh kurator. – Reuters

Kata pengurus pemasaran muzium, Orkide Yalcindag, aktiviti hari itu merupakan suatu simbolik menjelang pilihan raya di AS.

“Kami di Madame Tussauds Berlin mengubah kedudukan patung lilin Trump sebagai langkah persediaan,” katanya ringkas.

Artikel berkaitan: Ikat jenazah ibu dengan tali getah naik motosikal, mahu kebumikan sendiri di kebun

Beberapa bulan lalu, Trump berada di belakang pencabar Demokratik Joe Biden dalam undian pendapat umum.

Iklan

Itu terjadi berikutan rasa tidak puas hati banyak pihak mengenai cara Trump menangani isu pandemik Covid-19 yang melanda Eropah dan AS.

Iklan

Pun begitu, desas desus mengatakan kini Trump mendapat sokongan ramai.

Walau apapun keputusannya nanti dalam pilihan raya, akan menentukan ‘nasib’ Trump yang berada di dalam tong sampah itu.