Ikat jenazah ibu dengan tali getah naik motosikal, mahu kebumikan sendiri di kebun

Ikat jenazah ibu dengan tali getah naik motosikal, mahu kebumikan sendiri di kebun
Ikat jenazah ibu dengan tali getah naik motosikal, mahu kebumikan sendiri di kebun
A
A
A

SEORANG pemuda di Indonesia sanggup membawa jenazah ibunya dengan menaiki motosikal ke tanah perkuburan kerana mahu mengebumi sendiri.

Pemuda yang dikenali Sutejo itu tinggal berdua bersama ibunya di Desa Pengging, Boyolali, Jawa Tengah.

Ibunya Ginem, 80, meninggal dunia semalam kerana sakit tua.

Menurut portal tempatan, setelah menghembuskan nafas terakhir, anak lelakinya terus membawa jenazah ibunya menggunakan motosikal.

Jenazah tersebut diikat dengan tali getah agar tidak jatuh.

Dia kemudian membawa jenazah ibunya untuk dikebumikan di kebun milik mereka.

Perbuatannya itu membuatkan pengguna jalan raya terkejut dan merakam aksinya.

Dalam video yang tular itu, jelas kelihatan jenazah ditutupi kain dan diikat di belakang motosikal.

Artikel berkaitan: Remaja ‘simpan’ bayi dalam peti ais hingga maut

Difahamkan, setelah sampai di kebun, tiada peralatan seperti cangkul untuk menggali tanah.

Justeru, Sutejo pergi ke rumah penduduk berdekatan untuk meminjam cangkul.

Penduduk mencurigai Sutejo, mereka mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lantas mengekori dari belakang.

Kecurigaan itu akhirnya terungkap apabila penduduk kampung melihat pemuda itu mahu mengebumikan jenazah yang dibawanya itu.

Setelah diperiksa, jenazah itu adalah Ginem. Melihat kejadian tersebut jenazah Ginem dibawa ke rumah mayat di Dusun Selorejo, Desa Kedunglengkong untuk dimandikan.

Kemudian jenazah dikebumikan mengikut proses yang betul di tanah perkuburan Sucen Timur.

Rupa-rupanya Sutejo adalah golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mempunyai masalah mental.

Wakil Ketua Polis Boyolali, Ahmad Masdar Tohari mengesahkan kejadian itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang