SIAPA menyangka dengan hanya mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 seorang wanita kini bertukar berstatus jutawan.

Joanne Zhu, 25, memenangi AUD1 juta (sekitar RM3.06 juta) selepas menjadi salah seorang daripada 2,744,974 warga Australia yang mendaftar bagi mendapatkan vaksin itu.

Wanita kelahiran Sydney itu memenangi hadiah utama dalam kempen Million Dollar Vax yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin Covid-19.

Lapor Daily Star, Zhu yang terkejut apabila terpilih memenangi wang jutaan ringgit itu.

“Adakah saya bermimpi, adakah ini benar? Saya tidak percaya,” katanya.

Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah

Baca juga: “Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap ‘kayangan,’ ini ulasan UAI

Zhu mendedahkan dia pada mulanya terlepas panggilan panggilan telefon pihak penganjur yang memaklumkan kemenangannya.

Ternyata rezeki tidak salah alamat, walaupun tidak menjawab ketika kali pertama dihubungi, Zhu yang bertindak menghubungi semula nombor berkenaan diberitahu telah memenangi AUD1 juta.

Difahamkan Zhu adalah satu-satunya penduduk Australia yang menang.

Wang yang dimenangi itu kemudian dikongsikan dengan rakan dan ahli keluarga.

Sudah dua tahun Zhu tidak berjumpa keluarganya yang tinggal di China kerana wabak Covid-19 berhasrat untuk menerbangkan semuanya ke Australia bintang sempena Tahun Baru Cina.

“Saya akan membeli hadiah untuk keluarga saya dan laburkan baki wang itu supaya boleh menjana lebih banyak wang pada masa hadapan.

Iklan

“Semoga dengan wang ini saya dapat membantu mereka memerlukan,” kata Zhu ketika ditemuramah dalam Nine’s Weekend Today.

Million Dollar Vax Alliance dilancarkan sekumpulan dermawan dan syarikat bagi meningkatkan kadar vaksinasi dengan menawarkan wang yang lumayan.

Ia melibatkan wang sejumlah AUD4.1 juta (sekitar RM12.53 juta) sebagai hadiah kepada lebih 3,100 orang yang mendaftarkan diri mendapatkan vaksin itu.

Pelbagai inisiatif diberikan kerajaan negeri untuk menggalakkan rakyat mengambil vaksi Covid-19.

Iklan

Terdahulu, tular pihak berkuasa sebuah wilayah di Thailand menawarkan berbagai hadiah daripada perhiasan emas sehinggalah anak lembu sebagai cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Baca juga: Wow! Dapat Anak Lembu, Emas Jika Daftar Dapatkan Vaksin Covid-19

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Star