UAE: Penduduk tiada vaksin, tak boleh masuk mall, kafe dan...

A
A
A

EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) melaksanakan undang-undang khas bagi memberi kesedaran terhadap rakyatnya yang masih belum mendaftar suntikan vaksin Covid-19.

Baru-baru ini negara itu mengumumkan bahawa penduduk yang belum divaksinasi dilarang berada di tempat awam.

Menurut bahagian media negara tersebut menerusi ciapan di laman sosial Twitter, larangan yang berkuatkuasa pada 20 Ogos depan adalah untuk mendorong masyarakat peka pada suntikan vaksin.

Pada masa sama, larangan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Darurat, Krisis dan Bencana Abu Dhabi itu juga bertujuan menjaga kesejahteraan kesihatan pendudukan walaupun 93 peratus kumpulan sasaran sudah selesai divaksinasi.

 

Ini bermakna bermula sahaja 20 Ogos 2021, golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tidak dibenarkan memasuki sekolah awam dan swasta, universiti, taska, pusat beli-belah, restoran, kafe, gimnasium, muzium, taman tema, resort dan semua premis peruncitan.

Pengecualian hanya diberikan pada premis peruncitan menjual barang keperluan seperti pasar raya dan farmasi yang tidak mengambil kira status vaksinasi pelanggan.

Pun begitu, larangan berkenaan tidak terpakai bagi kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah dan mereka yang mempunyai alasan untuk tidak divaksinasi.

Baca juga 472 Hari Bergelut Covid-19, New York Tarik Balik Larangan, Selepas Vaksinasi

 

“Pihak jawatankuasa keputusan itu akan meningkatkan keselamatan di daerah-daerah yang telah dikenakan tindakan pencegahan tambahan dan memberikan perlindungan yang lebih baik bagi anggota masyarakat," kata Pejabat Media Pemerintah Abu Dhabi dalam satu kenyataan.

Untuk pengetahuan korang, tracker kendalian The New York Times merekodkan UAE mempunyai kadar vaksinasi tertinggi di dunia pada kadar 154 dos diberikan kepada setiap 100 rakyat.

Walaupun belum berkongsi data terkini mengenai jumlah rakyat sempurna suntikan vaksin, namun Reuters pula menganggarkan jumlah dos yang telah diberikan (lebih daripada 15 juta) bermaksud sekitar 77.1 peratus penduduk negara itu.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini UAE menzahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes dan kematian berkaitan varian delta.

Direkodkan, UAE mempunyai populasi seramai 9.78 uta rakyat dan terbahagi kepada tujuh wilayah iaitu Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain.

Sumber: Forbes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang