ALA-ala filem Snakes On A Plane, cuma berbeza hanya seekor ular ‘terikut’ ke dalam sebuah kapal terbang semasa perjalanan dari Bangkok ke pulau peranginan Phuket, Thailand.

Situasi tersebut mencetuskan panik kepada seluruh penumpang dalam pesawat AirAsia Airbus A320 pada petang Sabtu lalu.

Reptilia sepanjang dua kaki itu berada di atas tempat meletak bagasi beg dan dilihat sedang merayap.

Menerusi satu rakaman video memaparkan seorang anggota krew kabin berani untuk menangkap ular itu dengan menggunakan botol untuk menolaknya ke dalam beg plastik.

Setelah beberapa minit, barulah ular itu berjaya dimasukkan ke dalam beg dengan selamat dan disimpan di dalam almari.

Baca juga:Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada;

Baca juga:Foto tular 4 beradik berbekalkan sebungkus plastik berisi lampin pakai buang; susu dihalau nenek runtun hati ramai

Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika pesawat mendarat.

Seorang penumpang menjerit dan memberitahu terdapat seekor ular merayap atas kepalanya sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut di dalam pesawat itu.

“Haiwan itu betul-betul atas kepala saya,” ujarnya.

Salah seorang penumpang dari British pula berkata, situasi tersebut seperti dalam filem dan tidak pernah menyangka ia akan berlaku kepada dirinya dalam kehidupan sebenar.

Ular itu kemudiannya dikenal pasti sebagai ular Blanford, spesis yang tidak berbahaya di Asia.

Iklan

Baca juga:Petola ular goreng rangup rupanya sangat sedap! Ini cara buat tak pahit langsung

Malah, ia juga tidak berbisa dan mengelak daripada menyerang manusia.

Kejadian tersebut turut menjadi pertikaian kerana kakitangan darat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket akan memeriksa bagasi sebelum pesawat berlepas.

Mereka akan menggeledah beg tangan untuk memastikan tiada penumpang yang menyeludup ular atau haiwan lain di dalam penerbangan.

Iklan

Namun, bagaimana dan dari mana haiwan itu masuk ke dalam kapal terbang?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!