PETOLA ular goreng adalah salah satu menu popular di kedai mamak. Ia antara hidangan sampingan nasi kandar yang digemari ramai.

Kata orang, sayur petola ular ini atau pun nama saintifiknya snake gourd lebih sedap berbanding sayur peria.

Sayur ini lebih manis dan sedap jika dibandingkan dengan peria. Peria jika digoreng seperti ini masih juga terasa pahitnya.

Tapi, kalau snake gourd ini sangat sedap. Isinya terasa lembut dan manis.

Jom kita cuba buat petola ular goreng rangup ini. Boleh dihidang kepada keluarga dijamin puas hati.

Baca juga Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

Kredit foto: Freepik

Bahan-bahan;

  • 2 biji petola ular
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/4 sudu the garam halus
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 sudu besar serbuk serbuk stok ayam
  • 100 ml air ais (tergantung pada kelikatan yang diperlukan)
  • Sedikit pewarna merah serbuk
  • 1 sudu besar minyak

Cara-cara membuatnya;

1. Basuh buah petola ular dan belah dua. Potong melintang dua. Hiriskan jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal sangat. Kita nak nanti goreng jadi sekeping sekeping.

Baca juga Rangup, kerinting ada tekniknya! Resipi ayam goreng ala KFC, mudah & cepat. Perapan 2 bahan

2. Masukkan adunan tepung gandum, serbuk cili, tepung ubi, tepung beras, serbuk stok ayam, pewarna merah, garam dan gaul rata. Ambil sedikit dan taburkan pada petola ular.

Iklan

3. Lebihan tepung dibancuh dengan air ais dan minyak (masukkan air tengok pada kelikatan tepung)

4. Celuplah petola ular dalam adunan macam kita salut goreng pisang tu, tak nipis sangat dan tak tebal sangat kelikatannya, sebab kita nak makan rangup-rangup petola ular ini.

5. Panaskan minyak secukupnya, bila minyak panas masukkan petola yang telah dicelup tepung dan goreng sampai kekuningan dan garing. Bila dan garing toskan minyak. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Facebook Suzana Raman 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!