DIUMPAN dengan gula-gula dan snek makanan ringan sebelum melarikan kanak-kanak!

Demikian modus operandi seorang wanita yang cuba menculik dua beradik bersama dua kanak-kanak lain yang sedang dalam perjalanan ke sekolah di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat.

Lapor FOX 2 Detroit dan inspiredstories.net, suspek, Stephanie Binder difahamkan telah menghampiri mangsa dengan kenderaan jenis van sebelum berhenti di tepi jalan.

Kemudian, penjenayah tersebut bertindak memanggil anak bongsu kepada pasangan Jestin William dan Shayla Burleigh yang berusia enam tahun untuk masuk ke dalam kereta.

kes culik

Teruja dengan ‘ganjaran’ yang mahu diberikan, si kecil tersebut dikatakan masuk untuk mengambil jajan berkenaan tanpa berfikir panjang.

Tidak mahu adiknya keseorangan, si abang yang berusia 11 tahun turut masuk ke dalam van terbabit untuk menemaninya.

Baca juga Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Difahamkan, dua kanak-kanak lagi turut masuk ke dalam kereta itu untuk mengambil snek sama.

kes culik

Namun, apa yang jadi seterusnya amat menakutkan. Kanak-kanak itu telah diugut supaya berdiam diri sebelum suspek membawa mereka lari.

TERSILAP LANGKAH

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tindakan Stephanie (suspek) yang memandu laju sehingga melanggar lampu isyarat merah disedari pihak polis yang sedang memantau kawasan tersebut.

kes culik

Lapor portal itu lagi, ketika diminta berhenti di tepi jalan, dia memberi alasan mahu menghantar anaknya yang sudah terlambat ke sekolah.

Apa membuatkan polis berkenaan bertambah waswas, wanita itu bersungguh memberitahu kanak-kanak terbabit ialah anaknya sedangkan kesemua mangsa menggelengkan kepala.

Baca juga Kanak-kanak diculik keluarga sendiri selepas hilang hak penjagaan, disorok di ruang sempit bawah tangga

Gerak-geri suspek yang mencurigakan membuatkan anggota polis meminta Stephanie untuk keluar dari kenderaan.

kes culik

Barangkali melihat peluang untuk melarikan diri, budak lelaki berkenaan mencubit adiknya supaya si kecil itu menangis untuk menarik perhatian polis.

Pelik dengan kelakuan itu, anggota polis lelaki tersebut menghampiri mereka dan bertanyakan beberapa soalan.

Baca juga 5 kes tragis culik, bunuh kanak-kanak menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Iklan

Jawapan yang diterima memeranjatkan pihak polis sebelum mereka mengambil tindakan pantas untuk menahan wanita berkenaan.

kes culik

Tindakan berani kanak-kanak berkenaan akhirnya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa penculikan.

Kisah dua beradik tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuk Spectrum Legal Services yang memberikan ganjaran bernilai RM13,273.50 sempena Hari Natal kepada mereka.

kes culik

Meskipun masih trauma dengan kejadian itu, namun keluarga budak kecil itu gembira dengan hadiah Krismas yang tidak disangka-sangka.

Baca juga Dijumpai sedang tunggu pak cik beli aiskrim, ini kronologi 6 jam anak hilang diculik

Meskipun kejadian itu berlaku Disember tahun lalu, namun kes tersebut masih diingati ramai setiap kali munculnya musim perayaan Hari Natal.

Iklan

kes culik

Ini kerana insiden tersebut paling menggemparkan wilayah itu dengan kes penculikan empat kanak-kanak, namun berjaya dipatahkan pihak polis dengan pantas.

Tidak boleh bayangkan apalah nasib mereka jika pihak polis tidak peka kan?

kes culik

Moga insiden ini memberi pengajaran buat ibu bapa di negara ini supaya mengajar anak agar tidak mudah percaya dengan orang tidak dikenali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi