Umur 8 tahun beli hartanah bernilai RM4.6 juta guna wang saku, budak perempuan ini cetus fenomena di Australia
NILAI hartanah yang semakin meroket saban tahun membolehkan ramai pelabur mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Apatah lagi, jika kawasan tersebut termasuk dalam projek pembangunan mega atau perumahan berskala besar, memang masyuk!
Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan di Australia apabila dikenali sebagai pemilik rumah paling muda sekali gus mencetuskan sensasi di media sosial.
Umurnya baru jer cecah 8 tahun, tapi si kecil itu sudah memiliki sebuah kediaman dengan kapasiti empat bilik yang kini dikatakan sudah bernilai jutaan ringgit.
Lapor Daily Mail UK, Ruby McLellan ‘bertuah’ apabila pembelian sebuah rumah yang dibuat pada dua tahun lalu menjadi durian runtuh yang tak disangka-sangka.
Mesti ramai tertanya-tanya mana datangnya modal untuk membeli rumah? Ini cerita mereka.
Sebenarnya, Ruby bersama abangnya Angus, 14 dan kakaknya Lucy, 13, menggunakan wang saku yang disimpan sejak kecil sebanyak USD $6,000 (RM28,427) itu sebagai deposit untuk pembelian sebuah rumah di Melbourne.
Pada awalnya, harga kediaman tersebut bernilai USD $289,000 (RM1.4 juta), namun ia melonjak hingga mencecah USD $960,000 (RM4.6 juta) dalam tempoh dua tahun. Memang wow!
RAJIN BERUSAHA
Bapanya, Cam McLellan mendedahkan, pencapaian anaknya cukup membanggakan meskipun ramai pihak memandang serong terhadap usaha itu.
Beliau yang juga Ketua Kumpulan Hartanah OpenCorp itu berkata, bukan mudah untuk anak-anaknya menyimpan modal yang cukup besar pada usia masih muda.
“Saya sendiri buat tiga kerja demi menyara keluarga. Sanggup jual kereta untuk menampung kos hidup dan tidak terjebak dengan gaya hidup yang semakin rancak.
Baca juga 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion
“Bagi saya, makan di kafe dan membeli-belah hanya akan menghabiskan wang rakyat. Jadi saya biasakan anak-anak untuk ‘bekerja’ demi elaun bulanan,” katanya.
TIP PELABURAN
McLellan juga tidak lokek berkongsi tip untuk membeli rumah pada usia muda dengan simpanan wang untuk deposit rumah.
“Utamakan duit untuk hartanah kerana nilai akan berganda. Kemudian, anda cagar atau jual semula jika nilai mencecah pada paras maksimum.
“Bagi pelaburan anak-anak kami, had masa adalah menunggu mereka mencecah usia 20-an dan kemudian harta tersebut akan dibahagi sama rata,” katanya yang turut merancang untuk pembelian aset kedua.
Tidak dinafikan, harta seperti rumah dan tanah memang menguntungkan kerana nilai semakin tinggi mengikut tahun.
Jadi, kalian jenis yang suka membeli rumah atau menyewa hartanah? Pilihan di tangan masing-masing kerana semuanya mengikut kemampuan diri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang