MENCECAH usia 70 tahun tidak menghentikan usaha beliau mencari pasangan hidup. Ikon gusti terkemuka, Hulk Hogan akhirnya bertemu jodoh buat kali ketiga dengan seorang guru yoga.

Bapa kepada dua cahaya mata, Brooke, 35, dan Nick, 33, itu bertemu jodoh dengan wanita berusia 45 tahun, Sky Daily.

Kedua-duanya telah disatukan dalam satu majlis tertutup di Florida.

Daily yang memakai gaun tanpa lengan rekaan Rue de Seine kelihatan jelita menggayakan barang kemas mewah.

Baca juga: Jarak usia 57 tahun, belum pernah bertemu, wanita 20 tahun sedia kahwini warga emas 77 tahun

Baca juga: ‘Orang lain timang cucu, saya dapat anak.’ Al Pacino teruja timang anak keempat pada usia 83 tahun

Daily Mail melaporkan, pasangan itu berkenalan menerusi rakan rapat pada awal 2022.  telah bertunang dengan Daily selama lebih setahun.

Bekas bintang WWE dan WCW itu difahamkan telah melamar Daily dengan cincin pertunangan berlian ‘enam karat’ bernilai AS$100,000 (RM468,450) pada Julai lalu.

Daily dilaporkan mempunyai tiga anak daripada perkahwinan sebelum ini. Perkahwinan Hogan dan Daily ini sekali gus menyatukan dua buah keluarga.

Baca juga: Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

Hogan atau nama penuhnya Terry Gene Bollea terdahulu berpisah dengan jurusolek, Jennifer McDaniel pada Mac 2022 selepas 11 tahun bernikah.

Iklan

Pada 2009, penggusti popular 80-an itu bercerai dengan isteri pertamanya, Linda Hogan, 64, yang dikahwini pada tahun 1983.

Difahamkan, Linda mengambil masa lebih setahun untuk bagi urusan perceraian selepas bintang gusti itu bersetuju untuk memberikannya 70 peratus daripada aset dan hartanah bernilai sekitar AS$3 juta. Beliau juga mendapat 40 peratus hak daripada hasil perniagaan penggusti legenda itu pada masa hadapan.

Baca juga: Suami lahir 1970, isteri 2004, wanita mohon petunjuk sebelum kahwin kenalan ayah berbeza usia 34 tahun

Sumber: TMZ, Daily Mail

Iklan

Foto: Instagram @hulkhogan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!