APABILA sudah minat menghias dan berdekorasi, pastinya rumah sewa pun boleh jadi cantik dan bergaya.

Demi kepuasan untuk tinggal di sebuah rumah selesa dan sedap mata memandang, kreativiti seorang pemuda meraih perhatian luar biasa netizen.

Masakan tidak, rumah sewa yang asalnya kosong sanggup dicat semula dan ditransformasi menjadi sebuah mahligai indah.

amsyar deko rumah

Penuh pelbagai jenis pokok dan yang paling penting, dekorasi dalaman memang tak ubah seperti kondo mewah!

Video milik Mohamad Amsyar Johari yang tular menerusi aplikasi TikTok @amsyar.johari itu meraih lebih 153,000 tontonan.

Apa yang lebih menarik, pemuda berusia 28 tahun itu turut berkongsi tip untuk tanaman pokok dan hiasan dalaman.

@amsyar.johari1 tahun 6 bulan menyewa sini. Bujang, owner rumah pun suka aku ddk sini. ##syukur ##buatsorang♬ Baru Betul – Akar

Bukan semua barangan dalam rumah itu dibeli baharu, sebaliknya terdapat perabot terpakai dan hadiah daripada kawan-kawan.

Sudah namanya kreatif, item lama pun nampak cantikkan bila dicat baru. Banyak tip dikongsikan jejaka tersebut untuk mereka yang mahu menghias rumah.

Selain itu, banyak juga video pendek yang dikongsikan anak kelahiran Negeri Sembilan itu. Beliau juga pandai memasak di dapur!

amsyar deko rumah

Siapa sangkakan, pekerja di sebuah syarikat penghantaran itu juga turut menunjukkan skil membuat biskut mazola ketika Aidilfitri baru-baru ini.

Apapun, memang beruntunglah pemilik rumah dapat penyewa yang pandai menjaga harta benda dengan baik.

Hati pun senang meninggalkan rumah itu dengan penyewa yang bertanggungjawab. Betul tak?

Iklan

Artikal berkaitan: “Benda boleh jimat kenapa beli mahal.” Rumah flat persis apartmen mewah, wanita kongsi tip deko bajet

amsyar deko rumah

Artikal berkaitan: Pokok tular Lidah Mertua jadi buruan kaki deko

Memang tidak dinafikan, bukan semua owner bernasib baik. Ada juga terpaksa berdepan perangai penyewa yang banyak ragam.

Banyak kes melibatkan penyewa seperti hilang tanpa melunaskan hutang sewa tertunggak dan ada pula barang dalam rumah lesap sekali.

Iklan

Ada juga yang sewa rumah atas penyewa lain dan berlagak seperti dirinya pemilik rumah. Aduhai macam-macam kes!

amsyar deko rumah

Jadi, bagi mereka yang sedang berjinak-jinak untuk mendekorasi rumah, bolehlah mengikuti tip yang dikongsikan pemuda kacak itu dengan mengikuti aplikasi TikToknya.

Mungkin masa terluang ketika lockdown bermula esok dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah dan duduk rumah saja tau!

Jangan keluar merayau-rayau tanpa tujuan dan patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan. #kitajagakita