[VIDEO] Kebumi jenazah ibu di hadapan rumah, tindakan pemuda ini buat netizen Malaysia terkesima
BAYANGKAN jenazah ahli keluarga khususnya emak dan ayah dikebumikan di halaman rumah? Memang tak pernah terfikirkan?
Namun, mengikut kepercayaan yang entah datang dari mana, jasad ahli keluarga yang sudah meninggal dunia lebih baik dikebumikan di kawasan rumah bagi memudahkan sanak-saudara menziarahi pada kemudian hari.
Sebab itu, jika anda perasan, banyak kubur lama masih boleh ditemui di hadapan rumah jika berkunjung ke kampung yang antara paling awal dibuka seperti di Ujong Permatang yang terletak di Kuala Selangor, Selangor.
Kalau zaman sekarang, semua prosedur pengebumian jenazah perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan termasuklah perlu ditanam di tanah perkuburan yang disediakan. Bukan boleh dikebumikan di tanah sendiri ya.
Di Indonesia, masyarakat di sana lebih selesa mengebumikan jasad ahli keluarga di tanah sendiri.
Seorang pemuda yang dikenali dengan nama Adhefin menerusi laman TikToknya mendedahkan bahawa mereka sekeluarga telah mengebumikan jenazah ibunya di halaman rumah.
Pendekatan itu nampaknya amat mengejutkan para netizen khususnya di Malaysia.
Dalam video yang dikongsikan Adhefin, beliau dilihat sedang membersih dan mencantikkan kawasan kubur ibunya di halaman rumah.
“Mungkin ini caraku,” tulisnya pada video pendek yang menerima lebih 1.7 juta tontonan.
@adhefinmungkin ini caraku♬ เสียงต้นฉบับ - ? ? ? ℝ ?_❣️_ℕ
Ruang halaman rumah yang luas dihiasi dengan tanaman pokok bunga manakala kawasan kubur ibunya pula diperindahkan rumput menghijau dan batu nisan.
Meskipun hanya di hadapan rumah, pemuda itu lengkap dengan pakaian sopan menziarahi kubur arwah ibunya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Terdapat juga video yang memaparkan beliau bersama anak kecil membersihkan batu nisan dengan penuh kasih sayang.
Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut memuji tindakan pemuda tersebut yang berfikir panjang demi masa depan tanah pusaka.
Mungkin cara itu boleh menghalang perebutan harta keluarga.
Tidak kurang juga netizen menitipkan doa supaya Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Bagi masyarakat Indonesia, tindakan mengebumikan jenazah keluarga di tanah sendiri sudah menjadi kebiasaan.
Jika di Malaysia, tidak boleh buat seperti itu.
Tidak terfikir dek akal, ramai juga yang mahu berbuat perkara sama.
Tiada masalah jika dikebumi di halaman rumah, cuma jangan buat perkara kurafat.
Mungkin undang-undang di negara jiran itu berbeza dan ada kelonggaran.
Meskipun di Malaysia tidak seperti itu, kita masih boleh menziarahi kubur ahli keluarga pada hari-hari biasa.
Larangan menziarahi kubur setakat ini cuma dikuat kuasa pada musim perayaan sahaja seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Barangkali ramai yang rindu mahu pulang ke kampung dan menjenguk orang tua. Tidak kurang juga mahu menziarahi kubur ahli keluarga yang lain.
Apapun, kita perlu bersabar kerana larangan merentas negeri masih lagi berlangsung dan kes jangkitan wabak korona pun masih tinggi.
Mudah-mudahan satu hari nanti kita akan menang. #kitalaluibersama #kitajagakita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang