[VIDEO] Penumpang tren cemas, terperangkap laluan bawah tanah, air banjir paras bahu
CEMAS. Inilah situasi dialami ratusan penumpang yang terperangkap di dalam tren laluan bawah tanah apabila air banjir naik hingga paras bahu di wilayah Henan, China.
Dimaklumkan, kejadian bah itu berlaku dek hujan lebat sehingga menyebabkan tebing sungai pecah lalu memasuki laluan perkhidmatan kereta api bawah tanah terbabit.
Memetik laporan The Sun UK, ketika proses pemindahan dilakukan air mengalir deras masuk ke dalam tren sehingga mengakibatkan para penumpang panik.
Justeru, pasukan kru bertugas berusaha mengepam air keluar dari terowong di Zhuhai, Guangdong.
Dimaklumkan, usaha mencari dan menyelamat juga mengalami kesukaran susulan asap karbon monoksida dari mesin digunakan.
Tambah portal tersebut, aktiviti harian 94 juta penduduk di wilayah itu terjejas berikutan penutupan perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu sehingga banjir dilaporkan surut.
Baca juga Keajaiban 15 Ramadan. Hujan Lebat 3 Jam, Makkah Dilanda Banjir Kilat & Hujan Batu
Sementara itu, di Zhengzhou pula hujan sangat lebat hingga 200 milimeter (mm) dalam tempoh sejam juga memaksa perkhidmatan kereta api di bandar itu dihentikan.
Bukan itu, susulan hujan lebat dan ribut petir berlarutan banyak lebuh raya di China terpaksa ditutup dan penerbangan dibatalkan.
Lebih memburukkan keadaan beberapa jalan raya di Ruzhou dinaiki air deras sehingga menghanyutkan sejumlah kenderaan.
Dianggarkan lebih 10,000 penduduk berpindah ke pusat pemindahan demi keselamatan sementara situasi beransur pulih.
Sumber: The Sun UK ABC News
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang