[VIDEO] Wanita kesal jiran seberang jalan, buat pagar rumahnya jadi ampaian

A
A
A

ADAT kita dalam hidup berjiran, adab sopan perlu dijaga, setiap tingkah laku perlu ada batasannya.

Ia penting supaya hubungan yang baik sesama jiran tetangga terjalin dengan baik dan seterusnya satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Justeru, perbuatan kurang manis seperti menyidai pakaian pada pagar jiran perlu dielakkan kerana ia seperti tidak menghormati hak dan privasi orang lain.

 

Perkara itu terpaksa dihadapi seorang wanita yang juga pengguna TikTok Indonesia, @jloveyo13.

“Inilah pemandangan setiap hari di pagar rumahku. Tanpa kebenaran menumpang jemuran,” tulisnya.

@jloveyo13setel kalem ae♬ Wong Edan Kui Bebas - Nella Kharisma

Menerusi paparan video, jelas kelihatan jirannya sanggup menyeberangi jalan semata-mata untuk menjemur pakaian pada pagar rumah wanita berkenaan.

Tambahnya lagi, jika diperhatikan ruang ampaian jirannya masih boleh memuatkan pakaian basah lain.

Dalam rakaman tersebut, dia ada menegur jirannya sama ada rumahnya tidak cukup ampaian, namun pertanyaan itu tetapi tidak mendapat sebarang respons.

Jengkel dengan perbuatan yang sudah berlaku berulang kali, wanita berkenaan menyatakan niat untuk berpindah.

@jloveyo13Balas @gibranal_05 ntar lagi pindah..gak punya tetangga hehe

♬ Dalan Liyane - Nella Kharisma

Perkongsian @jloveyo13 mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-rata tidak berpuas hati dengan perbuatan jiran wanita itu yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Seharusnya,  perbuatan yang mencalar hubungan yang baik antara jiran seperti ini perlu dielakkan.

Berwaspadalah dalam setiap tindak tanduk, elakkan daripada melakukan perkara yang dapat menyakiti hati jiran tetangga. Semoga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua.

Baca juga: [VIDEO] Selamba Jemur Tikar Dekat Pagar Rumah Jiran, Wanita Luah Rasa Kesal Dengan Sikap Aneh Tetangganya

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @jloveyo13

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang