KISAH pasangan suami isteri yang berkekalan hingga ke usia tua sering menjadi inspirasi.

Walaupun usia semakin meningkat, kasih sayang kepada pasangan seperti tidak pernah berakhir, malah selalu bertambah setiap hari.

Sudah tentu, apa-apa perkara yang dilakukan bersama susah dan senang untuk saling melengkapkan lebih-lebih lagi ketika menghadapi masalah.

Seperti apa yang terjadi kepada sepasang suami isteri ini.

Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok @yunitarusdan memaparkan kisah seorang isteri yang sanggup menderma satu buah pinggang untuk suaminya.

Turut dilihat mereka seperti saling menguatkan antara satu sama lain melalui detik-detik terakhir bersama sebelum pembedahan dilakukan.

Baca juga Bekas isteri roboh rumah harta sepencarian dengan bekas suami

Video tersebut ternyata mencuri perhatian ramai sehingga kini telah mendapat hampir 3 juta tontonan.

“Berapa tahap cinta dan setia korang? Jika mak cik saya, dia mempunyai keberanian untuk menyumbangkan satu buah pinggang kepada suaminya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan pengorbanan si isteri;

Iklan

ran – MasyaAllah… Syurga buatmu isteri!

Fiona – Wanita kalau sudah berana berkorban untuk suami tolonglah jangan sakitinya ya.

Ines Inesstha – The real true love!

Jannah – Memang salut kepada isetri. Tidak semua isteri atau pasangan sanggup berbuat demikian.

ai hapsari – Syurga yang dirindukan isteri sudah berada di depan mata… MasyaAllah!

Setiap pasangan sudah tentu mempunyai kisah cinta mereka sendiri. Setiap pasangan juga mempunyai cara masing-masing untuk menunjukkan kasih sayang mereka.

Bukan hanya pasangan muda yang dapat menunjukkan cinta, pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin juga mempunyai cara yang berbeza untuk membuktikan cinta sejati.

Iklan

Semoga ia dapat menjadi sumber inspirasi buat pasangan suami isteri masa kini.

@yunitarusdanSegimana level bucin kalian? Kalo tanteku level bucin nya sudah sampai berani mendonorkan 1 ginjalnya untuk suaminya🥺🧡 #fyp #BebaskanlangkahBerani

♬ Hadiah Tuhan – Nagita Slavina