Bekas isteri roboh rumah harta sepencarian dengan bekas suami

05
05
A
A
A

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan keluarga yang bahagia.

Namun ada sesetengahnya atas pelbagai sebab, rumah tangga yang dibina tidak dapat bertahan akhirnya mengalami penceraian.

Pada luarannya, ia hanya mungkin nampak seperti dua pihak yang telah tidak sehaluan lagi.

Tetapi sebenarnya di sebalik itu, kita semua tidak tahu pelbagai kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang melaluinya.

Seperti di Jakarta ini, penceraian sepasang suami isteri gagal mencari jalan penyelesaian seterusnya menyebabkan sengketa antara mereka semakin buruk apabila menuntut harta sepencarian.

Isteri tuntut cerai kerana suami ikut cakap dukun

Menurut portal beritaSuara.com, Kusnan, 50, dikatakan tidak mampu membayar harta sepencarian berjumlah 30 juta rupiah (RM8,569) seperti dituntut bekas isterinya.

Akibat terlalu berang, wanita itu mengupah beberapa lelaki merobohkan rumah bekas suaminya yang terletak di mukim Trowulan di Wilayah Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan rumah yang dirobohkan itu didiami oleh Kusnan bersama isteri baharu dan dua anaknya.

Kata Kusnan, sebenarnya rumah itu dirobohkan sememangnya atas persetujuan bersama mereka berdua.

Menurutnya, itu adalah syarat gara-gara tidak mampu menjelaskan bayaran harta sepencarian.

Dia turut mengakui terpaksa bersetuju untuk berbuat demikian kerana betul-betul tidak dapat membayar jumlah yang diminta bekas isterinya itu.

Baca juga Perkahwinan pemuda Pakistan ini viral satu dunia, tabur duit dan bunga mawar untuk tetamu

Sayunya apabila Kusnan mengatakan yang rumah tersebut sudah diwariskan kepada anak sulung hasil perkahwinan dengan bekas isterinya dan dirinya berasa kesal kerana ia kini telah dirobohkan.

Lebih menyedihkan lagi apabila Kusnan dan isteri baharunya terpaksa membina pondok kecil di sebelah tapak rumahnya yang roboh sebagai tempat berteduh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang