PERMAINAN Candy Crush yang dilancarkan beberapa tahun lalu masih lagi menjadi perhatian sehingga kini.

Walaupun banyak permainan lain yang lebih menarik, Candy Crush dilihat menjadi pilihan semua golongan termasuk kanak-kanak serta warga emas.

Mungkin kerana permainan itu santai dan memerlukan skil minda untuk melepasi level yang disediakan.

Begitu juga dengan perkongsian seorang gadis di Tiktok dikenali @aimeeman, dia berkongsi detik ibunya berjaya melepasi halangan ke 10,000 iaitu level yang terakhir. Fuh memang hebat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Manakan tidak, 10,000 level yang perlu dihabiskan. Memang tak semua oranglah yang dapat capai kecuali yang betul-betul minat sahaja dapat menghabiskan semua tahap tersebut.

Menerusi video tersebut, ibunya kelihatan sangat gembira dan teruja setelah mendapat notifikasi penghargaan daripada permainan tersebut yang tertera ‘World Best Crusher’!

Katanya, ibunya telah bermain permainan itu sejak sekian lama dan baru-baru ini telah berjaya menghabiskan kesemua tahap.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 5.2 juta tontonan.

[VIDEO]Hebat! Gadis tunjuk ibu dapat 'World Best Crusher' tamat 10,000 level Candy Crush

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa gembira kerana perkara itu bukannya mudah.

Ujar mereka;

“Wanita itu sepatutnya mendapat sekotak ‘candy crush’ dari pihak permainan tersebut.”

“Selesai matlamat hidup!”

“Saya baru di level 2580, itupun dah rasa sangat sukar.”

Baca juga Terbaik! Wanita Malaysia di Guinea edar, sedekah Al-Quran buat anak-anak tahfiz

“Ibu saya pun mempunyai hubungan yang lama dengan Candy Crush sejak 2012.”

“Saya bangga dengan ibu awak juga. Satu perjalanan yang mencabar.”

Jadi, apa kata korang? Dah level berapa sekarang?

Iklan

Sumber: Tiktok @aimeeman

@aimeemanbrb off to get mum a medal ##candycrush ##CinderellaMovie ##momsoftiktok ##mum♬ Spongebob – Dante9k