MEMANG wajar diberi pujian. Tindakan spontan pantasnya mengejar ‘baby walker’ dapat menyelamatkan seorang bayi.

Begitulah situasi yang terjadi yang dapat dilihat menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Kelihatan seorang lelaki sanggup melompat dan mencampakkan motosikal miliknya semata-mata untuk menyelamatkan seorang bayi dalam walker yang laju menuruni curam.

Tanpa membuang masa dan sepantas kilat, dia bertindak menghentikan motosikal di tengah jalan serta membuang beg yang digalas sebelum berlari laju mendapatkan bayi tersebut.

Hanya dalam beberapa saat dia berjaya menghentikan baby walker dan selamatkan bayi daripada sebarang kemalangan.

Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

Sejurus selepas lelaki itu mendapatkan bayi berkenaan, kelihatan muncul seorang wanita yang berlari ke tempat kejadian.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kejiranan Rincon de la Estrella, di bandar Florencia, Colobia pada pertengahan September lalu.

Rakaman video berkenaan menjadi tular dan memperoleh berjuta-juta reaksi warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan pantas penunggang motosikal tersebut.

Ujar mereka;

“Sememangnya kamu adalah hero. Tindakan cukup pantas, terbaik bro!”

“Cepat betul otak dia bertindak, terus jatuhkan motor dan beg. Memang rezeki bayi tu jumpa hero tanpa suit.”

Baca juga Hanya lambat 15 minit, pasangan kembar ini sambut hari jadi beza setahun

“Teraik bos, sapa kata superhero tak wujud? Superhero sebenar tak perlukan pakaian khas.”

“Ya ALLAH sebaknya, respect habis. Semoga abang hero dikurnikan sebesar-besar kebahagiaan.”

Apa agaknya yang terjadi kepada bayi terbabit jika lelaki tadi tidak melalui kawasan tersebut? Aduhai…

@sinarplus Syabas abang rider!! #sinarplus ##sinarharianxtiktok #sinarharian #abangrider #fyp ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects