TIDAK boleh membayangkan bagaimana keadaannya sebuah hospital tanpa sedar telah menggunakan air buangan daripada tandas untuk segala urusan harian.

Lebih parah hospital universiti yang terletak di Suita, Jepun itu telah menggunakan air yang sudah tercemar untuk segala urusan mereka termasuk proses merawat pesakit, berkumur, minum dan membasuh tangan selama 28 tahun!

Baca juga: Lelaki jalani pembedahan cantum kemaluan digigit ular tedung paling berbisa

Lapor Daily Mail, masalah itu berpunca daripada kesilapan teknikal semasa proses pembinaan.

Ia langsung tidak pernah disedari sehinggalah air menjijikkan tersebut ditemui ketika projek pembinaan loji air baharu di hospital tersebut bermula Oktober lalu.

Semasa semakan dilakukan kontraktor, mereka mendapati beberapa saluran paip utama yang disambungkan adalah salah kerana ada antaranya disambungkan dari tandas.

Ia melibatkan 120 pili dan telah digunakan sejak hospital dibuka pada tahun 1993.

 

Pihak hospital mendakwa telah memeriksa warna, bau dan rasa air sekurang-kurangnya sekali seminggu dan tiada masalah dilaporkan sejak rekod bermula pada tahun 2014.

Iklan

Pada sidang akhbar, penyelidik Universiti Osaka dan naib presiden hospital Kazuhiko Nakatani mengeluarkan permohonan maaf.

“Saya amat kesal kerana hospital universiti yang menyediakan rawatan perubatan lanjutan telah menyebabkan kebimbangan,” katanya.

Di Jepun, selain hospital, institusi seperti sekolah juga akan sentiasa memeriksa sambungan paip air.

Iklan

Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah

Baca juga: “Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap ‘kayangan,’ ini ulasan UAI

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail