BARU-BARU ini tular di media sosial sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak sekolah menyeberangi sungai menggunakan kotak gabus styrofoam.

Ramai yang melahirkan simpati bahkan ada yang kagum melihat semangat kental kanak-kanak tersebut pergi dan pulang ke sekolah menyeberangi sungai seumpama itu demi menuntut ilmu.

Kelihatan dia lengkap memakai pakaian seragam sekolah dan mendayung menggunakan kedua belah tangannya seperti tiada perasaan takut. Tangannya mendayung di air supaya kotak gabus itu terus boleh terapung.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelajar Sekolah Dasar (SD) di Desa Kuala Dua Belas, Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan.

Menurut pemerintah daerah Ogan Komering Ilir, beliau mengesahkan pelajar tersebut tinggal di pesisir timur Ogan Komering Ilir yang kebiasaannya pergi ke sekolah menggunakan kotak gabus styrofoam dan tidak mahu dihantar dengan perahu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Maklumat Ogan Komering Ilir, Adi Yanto berkata, Desa Kuala Dua Belas dihuni 450 ketua keluarga dan berdasarkan keterangan ketua kampung, pengangkutan utama penduduk menyeberangi sungai adalah hanya dengan perahu atau bot laju.

Katanya, penduduk di desa itu rata-rata adalah orang berkemampuan, memiliki perahu dan bot laju.

Ujarnya, berkenaan anak-anak desa yang menyeberangi sungai menggunakan styrofoam adalah kerana mereka tidak mahu dihantar menggunakan perahu.

“Styrofoam tersebut sering dimainkan anak-anak sebagai ‘perahu’, kerana mereka bermain-main,” katanya seperti dilaporkan Republika.

TANJUNG BALAU

Iklan

Jelasnya, bagi penduduk setempat situasi tersebut adalah perkara biasa ibaratnya ‘mereka lahir sahaja sudah di atas air’.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan juga sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada ketua kampung dan sekolah agar tidak membiarkan anak-anak menggunakan styrofoam atas faktor keselamatan.

Iklan

Menjengah ke laman sosial rata-rata warga maya memuji sikap kanak-kanak terbabit dalam menuntut ilmu dan mendoakan kejayaan buatnya suatu hari nanti.

Ujar mereka;

“Masya-ALLAH, semangatnya patut dicontohi, kelak menjadi orang berjaya.”

“Kami doakan semoga kamu sentiasa di bawah lindungan ALLAH.”

“Berbanggalah kamu anak ketika besar nanti punyai cerita sangat hebat untuk diceritakan kepada anak-anakmu.”

“Semangat ya anak, semoga kelak menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat.”

“Pelajaran buat kita. Moga jadi anak yang baik berbakti kepada orang tua, bangsa dan negara.”

@tribunlampung Viral Murid SD Pakai Seragam Naik Kotak Gabus Seberangi Sungai Klik Link BERITA TERKAIT di atas. #fyp #tiktokberita ♬ suara asli – TRIBUN LAMPUNG