MENABUNG wang kertas not tertentu adalah salah satu cara efektif mengumpul tabungan dalam masa yang singkat. Namun seorang wanita terpaksa berputih mata kerana yang disimpannya dimakan anai-anai.

Tabiat menabung amalan yang mulia. Ilmu pengurusan kewangan yang baik menjamin anda mencapai matlamat-matlamat kewangan pada masa depan.

Baca juga: Gara-gara sorok daripada isteri, lelaki berputih mata duit puluhan ribu digigit tikus

Bagaimanapun, malang tidak berbau, seorang gadis yang juga pengguna TikTok @__yourqueen mendedahkan wang kertas yang disimpan di dalam tabungnya dimakan anai-anai.

“Bersyukur bukan yang merah (RM10,000),” titipnya.

Baca juga: [VIDEO] Bersungguh simpan wang beribu-ribu ringgit di bawah katil, tiba-tiba dimakan anai-anai. Wanita malang ini menangis tak berlagu…

Berpuluh-puluh helai wang kertas 1,000 rupiah dikeluarkan daripada tabung berbentuk silinder yang diperbuat daripada kadbod tebal.

Pada tabung berkenaan tertulis matlamat simpanan iaitu untuk membeli motosikal.

Menurut Suara.com, gadis berkenaan yang membuka tabung tersebut terkejut wang yang disimpan rosak dengan gigitan anai-anai.

Baca juga: Wang kertas koyak, jangan buang! Boleh tukar ada nilainya

@_yourquueen bersyukur bukan yg merah🙂 #rayappan #foryou #nabungchallenge #arjunabeta #nabungrutin ♬ Speed song arjuna beta – MINE ☕︎

Warga maya rata-rata bersimpati dengan kejadian menimpanya. Malah ada yang menyarankan untuk membawa wang kertas yang rosak ke bank untuk menukarkannya kepada yang baru.

– “Tukar di bank, yang penting masih kelihatan nombor sirinya.”

-“Rugi, tapi masih bersyukur.”

-“Boleh dibawa ke bank terdekat atau Bank Indonesia. Kalau kerosakannya tidak melebihi 67 peratus, ia masih boleh ditukar.”

Iklan

Baca juga: Dipercayai mahu elak riak, jemaah lelaki selit not RM100 dalam gulungan wang kertas RM1 lama

Di Malaysia, Bank Negara Malaysia sedia menerima wang yang tidak sesuai untuk edaran iaitu seperti berikut;

WANG KERTAS
-Kotor/ lusuh
-Lembik
-Terdapat contengan
-Koyak
-Terdapat ubah suai seperti ditampal pita pelekat
-Wujud lipatan atau garisan kekal
-Berlubang
-Dimakan anai-anai atau terbakar
-Wang hasil cantuman daripada dua atau lebih helaian wang kertas berlainan
-Hilang ciri-ciri keselamatan seperti jalur berkilau (lead) pada wang kertas
-Luntur warna
-Renyuk atau terdapat kesan pengecutan

SYILING
-Terkakis permukaannya
-Berlubang
-Pecah
-Kemek
-Terpotong
-Kotor
-Terbakar
-Ganjil cetakannya

Iklan

“Wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran semula boleh ditukarkan di mana-mana institusi kewangan,” katanya.

Baca juga: Wang kertas 10,000 dolar Brunei senasib dengan note RM500 dan RM1,000

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI