MEMANG sukar nak buat kesimpulan. Mahu kata lucu, kelihatan macam kejam dan tidak adil pula.

Namun, apa kata anda jika mengetahui ‘jodoh’ seorang wanita disekat gara-gara kostum badut?

Umum mengetahui aplikasi Tinder berfungsi sebagai platform untuk mencari pasangan atau meluaskan jaringan kenalan.

 

Baca juga: Lelaki Australia catat rekod dunia bina menara M&M tertinggi di dunia

Baca juga: Nelayan dakwa makhluk asing beri bayangan fasal wabak covid-19 dan perang dunia ke 3 ketika diculik 50 tahun lalu

 

Namun, Jess Harkin, 25, tidak berpeluang untuk meneruskan niat menggunakan Tinder berikutan telah ‘diharamkan’ oleh aplikasi tersebut.

Perkara tersebut berlaku selepas beliau kongsikan gambar dirinya mengenakan solekan dan kostum badut serta mengelarkan ia sebagai alter-ego beliau bernama Kazoo The Clown.

Hasrat beliau berbuat demikian kerana ingin mencari lelaki yang turut mempunyai sifat lucu sepertinya untuk dijadikan pasangan.

“Saya mendengar anda mencari kegembiraan? Jadi sahabat, masa berpesta telah tiba! Di manakah boleh diletakan kek hari jadi dan susu coklat?,” tulisnya di Tinder menurut laporan Mirror.co.uk.

Keunikan beliau itu telah membuatkannya dihujani dengan mesej, namun kegembiraan Harkin tidak bertahan lama.

Iklan

Mana tidaknya, remaja berkenaan dimaklumkan bahawa dirinya telah disekat oleh Tinder atas dakwaan profil beliau telah melanggar terma dan syarat aktiviti keganasan.

Pastinya tindakan tersebut telah mengundang rasa kecewa Harkin kerana tidak menyangka gambar kostum badut tersebut telah menghalangnya daripada terus menggunakan aplikasi berkenaan.

“Saya pernah melihat wanita mengenakan solekan lebih daripada ini. Meskipun jika anda adalah anda, anda tetap akan disekat. Saya mengambil keputusan untuk kongsikan video bagaimana saya berubah daripada menjadi diri sendiri kepada Kazoo,” jelas beliau di TikTok.

Iklan

Selepas perkongsian di TikTok, Harkin mendapat sokongan ramai dan meminta agar pihak Tinder mempertimbangkan semula profil beliau.

Hmm…macam-macam. Speechless dibuatnya.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram