SEJAJAR norma baharu selepas wabak Covid-19 melanda dunia, semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan pandemik.

Waima untuk urusan pengebumian sekalipun, mereka wajib memakai sut pakaian perlindungan diri (PPE).

Jenazah pun sudah siap dimandi dan disolatkan di tempat khas, hanya petugas dan ahli keluarga tertentu saja dibenarkan untuk membantu urusan pengebumian.

Bukan hanya Malaysia, negara luar pun turut melaksanakan prosedur sama termasuk di India apabila ahli keluarga tidak dibenarkan untuk melihat mayat dari jarak dekat.

wanita mati hidup semula

Pun begitu, kisah kematian seorang warga emas di Krishna, Andhra Pradesh, India baru-baru ini menggemparkan warganet.

 

Masakan tidak, kemunculan semula wanita berusia 75 tahun itu selepas dua minggu disahkan mati akibat wabak Covid-19 mengejutkan ahli keluarganya.

Ya! Ini berita sahih ya.

Lapor detik.com, wanita bernama Muthlaya Girijama sebelum ini disahkan positif wabak Covid-19 dan dibawa ke pusat kesihatan kerajaan untuk rawatan sejak 12 Mei lalu.

Pun begitu, selepas tiga hari ditahan wad, ahli keluarga wanita berkenaan dimaklumkan bahawa Muthlaya sudah meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Baca juga Mengucap kalimah syahadah, video call sebelum ditidurkan. Nurse kongsi kisah pilu perjalanan akhir pesakit Covid-19

Mungkin disebabkan SOP yang ketat dengan kes yang meruncing di negara itu, ahli keluarga wanita berkenaan tidak dapat untuk melihat mayat dengan lebih dekat.

Mayat yang diterima pula siap ditutup dengan plastik dan sudah menjadi tradisi pengebumian di negara itu, mayat tersebut akan dibakar dan abunya dibuang di sungai atau ditanam.

Nak dijadikan cerita, warga emas itu tiba-tiba muncul di rumahnya dengan keadaan sihat sekali gus mengejutkan ahli keluarganya yang masih berkabung.

wanita mati hidup semula

Bayangkan apa perasaan mereka ketika itu? Nak kata gembira, mesti pada masa sama, takut sebab fikir bukan-bukankan?

Iklan

Kisah Muthlaya tidak terhenti setakat itu saja, selepas diselidik, rupa-rupanya ada kesilapan pada pihak pengurusan yang tersilap menulis butiran pesakit lain sedangkan wanita itu masih hidup.

Baca juga Guna kontena simpan jenazah Covid-19. Hospital Sungai Buloh tak mampu menampung jumlah kematian

Baca juga Oles najis lembu pada tubuh elak jangkitan Covid-19, doktor di India beri amaran

Warga emas yang tidak tahu menahu mengenai kisah kematiannya itu pula bersedih mengenangkan tiada satupun ahli keluarga datang mengambilnya di pusat rawatan selepas disahkan sihat dan bebas wabak.

Kasihan sungguh nenek itu. Nasib baiklah ada wang sumbangan yang diterima di pusat rawatan tersebut untuk dijadikan tambang pulang ke rumah.

Sudah pasti, kisah Muthlaya menjadi buah mulut ramai dan viral. Mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua supaya lebih teliti selepas ini.

Iklan

wanita mati hidup semula

Soal nyawa bukan boleh dipandang remeh lebih-lebih melibatkan warga emas atau anak kecil.

Harap-harap kes seperti ini tidak berlaku di Malaysia ya! Mudah-mudahan semua urusan pesakit Covid-19 diuruskan dengan baik.

Salute buat frontliners kesihatan yang berkerja bersungguh-sungguh untuk merawat dan menyelamatkan jumlah pesakit yang bukan sikit-skit.

Apapun, kita perlu bersama membantu kerajaan mematuhi SOP yang ditetapkan dan duduk di rumah saja tau sepanjang tempoh sekatan pergerakan hingga 14 Jun nanti. #kitajagakita #kitalaluibersama