Wanita ini nekad tidak tinggalkan kucingnya sendirian selepas lihat apa terjadi di CCTV

Wanita ini nekad tidak tinggalkan kucingnya sendirian selepas lihat apa terjadi di CCTV
September 23, 2020

SEORANG wanita berjanji untuk tidak meninggalkan kucingnya sendirian di rumah lagi setelah dia melihat apa yang berlaku di CCTV.

Menurut Tribunenews memetik Mirror, Alexa memasang CCTV untuk mengawasi kucingnya, Glenn, ketika dia tiada di rumah.

Iklan

Tetapi Alexa tiba-tiba merasa sedih ketika melihat rakaman kamera di mana Glenn kucing itu sangat kesepian.

Alexa turut berkongsi video itu di TikTok.

Katanya, dia terfikir untuk memasang CCTV itu supaya lebih tenang ketika meninggalkan Glenn di rumah.

Dalam video tersebut, Glenn dilihat sabar menunggu kepulangan tuannya.Dia kemudian berlari ke pintu dan menggaru pintu dan meraung kuat ketika terdengar bunyi kereta Alexa.

Iklan

Artikel berkaitan: Padah si perogol,’anu’ putus digigit mangsa

Glenn segera menghampiri Alexa ketika Alexa membuka pintu dan memasuki rumah.

Alexa menyedari betapa gembira kucing itu ketika dia pulang.

Ketika ditemuramah oleh BoredPanda, Alexa mengatakan pemandangan itu sangat menyentuh hatinya.

Dia sekarang merancang untuk mengambil haiwan kesayangan kedua agar Glenn tidak sendirian di rumah.

Netizen yang melihat video Alexa bersetuju bahawa Glenn harus mempunyai rakan di rumah.

Glenn, sekarang berusia dua tahun, diambil oleh Alexa ketika dia kucing liar di jalanan.

Glenn muncul di pejabat Alexa di mana Alexa bekerja sebagai ahli terapi pertuturan dan artis digital.

Alexa terus merasa keserasian ketika Glenn menggosok kepalanya ke kaki Alexa.

Alahai… jangan tinggalkan si meow duduk bersendirian ya.