WANITA ketiga menggalas tugas sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK), Liz Truss, 47, dilantik memegang jawatan itu semalam.

Itu berikutan Truss menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif yang menggantikan Boris Johnson meraih kemenangan selesa menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan undian majoriti sebanyak 81,326 berbanding Sunak dengan undian 60,339.

Pelantikan pemimpin baharu itu dibuat di Istana Balmoral, Scotland hari ini dan bukan di Istana Buckingham, London seperti kebiasaannya susulan isu kesihatan yang dihadapi baginda Ratu Elizabeth II ketika ini.

Kemenangan Truss itu sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri wanita ketiga buat negara itu selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.

Truss yang bakal memulakan tugas rasmi pada Selasa sebelum ini bertegas akan menangani kebimbangan ekonomi, mengulangi ikrarnya untuk menggalakkan pertumbuhan.

Berikut info ringkas mengenai Truss;

1. Nama penuh Mary Elizabeth Truss dilahirkan pada 26 Julai 1975 di Oxford.

2. Kawasan Parlimen beliau adalah South West Norfolk.

3. Merupakan graduan dari Universiti Oxford pada 1996 dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.

Baca juga Wanita ketiga sebagai Perdana Menteri UK, 9 fakta menarik Liz Truss

Wanita ketiga sebagai Perdana Menteri UK, 9 fakta menarik Liz Truss

4. Beliau aktif berpolitik sejak di Universiti, khususnya Demokrat Liberal sebelum bertukar ke Parti Konservatif.

5. Selepas tamat pengajiannya, Truss bekerja di Syarikat Shell kemudian Cable & Wireless.

Iklan

6. Pada pilihan raya 2001, Truss merupakan calon Tory untuk Hemsworth, West Yorkshire, namun kalah dalam pemilihan. Beliau juga kalah dalam pilihan raya 2005.

7. Namun begitu, pada 2010, beliau telah dimasukkan dalam ‘senarai’ calon pemimpin Konservatif di bawah pimpinan David Cameron.

8. Pada September 2021, Boris Johnson telah menaikkan pangkat Truss daripada Setiausaha Perdagangan Antarabangsa kepada Setiausaha Luar Bagi Hal Ehwal Luar Negara, Komanwel dan pembangunan.

Baca juga Diberi yogurt beracun, nyawa 2 anak melayang, bapa tidak puas hati bekas isteri temui pengganti

Iklan

9. Beliau merupakan wanita kedua yang dilantik sebagai Setiausaha Luar buat negara itu.

Wah! Bukan calang-calang wanita seluruh dunia sekarang. Ramai sudah memikul tugas sebagai Perdana Menteri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.