BERJALAN dalam air dalam keadaan tubuh tenggelam sepenuhnya sukar untuk dilakukan. Namun ia bampak mudah bagi wanita ini hingga videonya ‘catwalk’ dalam keadaan terbalik dalam air tular dan meraih 54 juta tontonan.

Wanita berkenaan, Kristina Makushenko, 27, merupakan juara dunia empat kali dalam renang seirama. Justeru, tidak hairanlah aksinya tampak bersahaja.

Baca juga: Cemasnya! Perenang pengsan ketika berlatih, mujur jurulatih cepat bertindak

Baca juga: Fakta menarik perenang tampan negara Welson Sim, popular di China dan Thailand

Kredit foto: Instagram @kristimakusha

Dalam video yang kini viral, Makushenko dilihat berjalan terbalik di dalam kolam dengan memakai kasut tumit tinggi.

Tidak hanya melakukan aksi seperti berjalan hingga kaki mencecah dasar kolam, beliau juga berpusing 360 darjah mengambil beg Prada yang terletak di permukaan kolam dan menyarungkan ia ke bahu.

Video berkenaan mengumpul lebih 54 juta tontonan dan menerima kira-kira 1.7 juta tanda suka. Warganet memberikan komen mengagumi persembahan cemerlang Makushenko .

-“Jalan terbalik itu sangat hebat!!”

-“Berjalan dengan kasut tumit tinggi di dalam air tentunya sukar, namun dia berjaya melakukannya” 

 

Kredit foto: Instagram @kristimakusha

 

Baca juga: Taksub dengan ‘;kolam infiniti’ yang viral, wanita maut selepas jatuh dari curam setinggi 150 kaki

Baca juga: [VIDEO] Air jernih macam kolam renang, aksi lelaki berenang di parit dapat 2.2 juta tontonan

Pada usia enam tahun, ibu bapa Makushenko memperkenalkan sukan renang kepadanya agar beliau dapat menyalurkan tenaga sebagai kanak-kanak yang aktif.

“Saya sebenarnya mula berrenang biasa. Tiga bulan selepas itu jurulatih mengesyorkan renang artistik kerana beliau melihat kebolehan saya melenturkan tubuh secara semula jadi dan terapung,” katanya kepada Newsweek.

Iklan

Makushenko pertama kali bertanding dalam acara renang seirama ketika berusia sembilan tahun. Sejak dari itu beliau tidak pernah menoleh ke belakang.

Kejayaan demi kejayaan diraih hingga empat kali bergelar juara dunia dan memenangi pingat emas kejohanan Eropah sebanyak dua kali.

Beliau memulakan akaun TikTok apabila pandemik Covid-19 melanda sekadar untuk menghiburkan diri.

Bagaimanapun idea berjalan di dalam air bermula apabila beliau bekerjasama dengan Nike Swimwear.

Jenama itu memintanya menyiarkan video dalam air dan sejak itu videonya menjadi perhatian warganet.

Iklan

Baca juga: Fakta menarik perenang tampan negara Welson Sim, popular di China dan Thailand

Baca juga: berenang

Sumber: Newsweek, India Times,  Instagram @kristimakusha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan