Wanita mengandung bertarung nyawa untuk melahirkan anak, penduduk kampung terpaksa pikul tandu sejauh 20 kilometer ke hospital

BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Peribahasa ini cukup tepat bagi menggambarkan kesepakatan penduduk kampung yang berganding bahu membantu seorang wanita hamil mendapatkan rawatan di hospital.
Kisah yang menyentuh hati ini berlaku pada hari kedua Ramadan.
Wanita yang dikenali sebagai Kurniati sedang bertarung nyawa menahan kesakitan pada awalnya mendapatkan bantuan daripada bidan kampung.
Namun, apabila didapati beliau tidak dapat melahirkan secara normal, Kurniati terpaksa dirujuk ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Malangnya, perjalanan ke hospital bukan sesuatu yang mudah.
Laluan ke Desa Ratte, Kecamatan Tutar, Polewali Mandar, Sulawesi Barat dalam keadaan tidak baik, ditambah pula dengan jalan sempit yang menyukarkan kenderaan biasa mahupun ambulans untuk masuk.
Demi menyelamatkan dua nyawa itu, penduduk kampung bergotong-royong menandu Kurniati dengan tandu yang diperbuat daripada buluh serta beberapa lilitan kain sarung untuk wanita berusia 21 tahun itu duduk.
Dengan berbekalkan usaha terakhir itu, warga kampung yang membantu secara bergilir-gilir membawa tandu tersebut dengan meredah laluan berbukit dan curam.
Lebih mencabar apabila hujan mula turun menjadikan perjalanan mereka lebih sukar dan berisiko.
Lebih menyentuh hati, penduduk kampung yang membantu terutamanya kudrat dari seorang lelaki terpaksa berbuka puasa di tengah hutan kerana jarak yang terlalu jauh dan memakan masa lebih 10 jam.
Tandu buatan orang kampung itu bagaimanapun, berjaya dibawa sejauh 20 kilometer dari Desa Ratte menuju Desa Taramanu Tua.
Kemudian, perjalanan Kuriniati dilanjutkan menggunakan ambulans ke Hospital Pratama Wonomulyo.
Menurut Ketua Kampung, kejadian sebegini bukanlah perkara baharu, tetapi itulah situasi yang perlu dilalui oleh penduduk untuk pergi ke tempat yang jauh.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang