Wanita mengandung anak keenam pilu kehilangan suami. Pucuk ubi kayu jadi ingatan terakhir. 'Arwah juga hidap kanser limfoma...'

HATI isteri mana yang tidak luluh apabila insan tersayang pergi dalam sekelip mata dengan meninggalkan seribu satu kenangan yang tak mungkin terpadam.
Itulah yang dirasai oleh Nor Hafizah Mohd Sheriff apabila suaminya, Shamsul Rizal Ahmad Mustafa, maut dalam kemalangan di Jalan Seremban-Tampin pada pagi Selasa.
Lebih memilukan, Nor Hafizah meluahkan bahawa kesedihan yang ditanggung kini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Katanya, tangisan tanpa suara jauh lebih perit daripada tangisan biasa dan hanya mampu berdoa agar ALLAH menguatkan hatinya dalam menghadapi ujian berat ini.
"Tangisan tidak bersuara ternyata lebih menyakitkan dari tangisan bersuara! Kuatkanlah hamba-MU ini Ya ALLAH," luahnya.
Lebih menyentuh perasaan, arwah suaminya dikatakan sempat mengutip pucuk ubi kayu untuk dibawa pulang.
Namun, niat itu tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Perkongsian penuh hiba itu diluahkan oleh Nor Hafizah menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Fiez Sheriff SemWife, hari ini.
"Arwah sempat pungut pucuk ubi nak bawak balik rumah, tapi... ALLAH sayang pada dia," tulisnya.
Nor Hafizah berkata, pucuk ubi kayu itu dijumpai abangnya di lokasi kemalangan, bersama beg arwah yang hanya berisi segugus kunci oleh abang Nor Hafizah.
Menurut wanita berusia 40 tahun itu, sudah menjadi kebiasaan arwah suaminya membawa pulang sayur-sayuran yang dikutip dari kebun berhampiran bengkel tempatnya bekerja.
Nor Hafizah yang juga suri rumah sepenuh masa, berkongsi bahawa kebiasaannya arwah suaminya akan bermalam di bengkel selepas penat bekerja pada waktu malam.
Namun sekitar jam 3 pagi sebelum kejadian, arwah suaminya memberitahu bahawa kepalanya berdenyut dan terasa amat sakit dengan menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah dan meminta agar didoakan selamat sampai.
Setiap kali Betty Rahmad puji masakannya, Mak Semah mesti segan. Katanya, banyak lagi makanan mewah di restoran, tapi tetap juga anaknya 'claim' air tangan ibu paling sedap!
Tapi jujur, setuju tak masakan ibu memang nombor syatu?
#MasakanIbu #BettyRahmad #AirTanganIbu #SinarPlus #LifestyleSinarHarian" />
Namun, siapa sangka itu menjadi kata-kata terakhirnya apabila pergi buat selama-selamanya sebelum adik iparnya datang memaklumkan berita pemergian Allahyarham.
Nor Hafizah yang kini mengandung anak keenam itu turut berkongsi bahawa arwah menghidap kanser limfoma tahap tiga sejak empat tahun lalu.
“Walaupun tak sihat, dia tetap berusaha cari rezeki untuk kami sekeluarga. Pada hari kejadian, arwah tetap nak balik ke rumah walaupun tak sihat kerana mahu menghantar anak-anak ke sekolah.
“Dia memang seorang bapa dan suami yang penyayang dan kali terakhir kami sekeluarga berkumpul adalah pada hari pertama Ramadan yang mana pada waktu itu dia sendiri yang memasak," katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang