Doktor dedah remaja 14 tahun hamil, akui ramai rakan terjebak 'buat' sekali je. BF ingat takkan pregnant'

No Image Caption
A
A
A

KEBANYAKAN anak muda zaman sekarang terlalu 'advance' dari segala hal, termasuklah tentang isu seksual. Tanpa pengawalan dan pendidikan yang cukup, mereka berisiko untuk tergoda dan terus hanyut mengikut kefahaman mereka.

Minggu lalu, seorang doktor di Facebook ada berkongsi pengalamannya berjumpa pesakit berumur 14 tahun yang sudah lima bulan tak datang bulan.

Dalam perkongsian tersebut, Dr Amira Shazalyna Razali berkata remaja berkenaan datang ke klinik bersama ibunya atas masalah haid tidak teratur.

Pada awalnya, beliau hanya positif bahawa remaja itu sakit biasa sahaja. Namun begitu, mula rasa tidak sedap hati selepas ibunya mendedahkan perut si anak juga kelihatan besar.

Setiap kali ada pesakit daftar, selalunya mesti tanya Clinic Assistant (CA) dulu sebab apa patient datang supaya kita as doktor ada idea apa yang bakal kita jumpa.

Kali ni CA kata dia nak scan untuk anak. Hmm tengok umur budak ni baru dalam 14 tahun. Mungkin scan gynae la period irregular kot. Takpelah minta CA panggil dulu pesakit masuk bilik consultation.

"Hai adik, assalamualaikum. Jemput duduk dulu"

"Waalaikumsalam"

_Sepatah je dia jawab. Muka pun straight je. Macam ada rasa vibe lain macam sikit tapi kita control relaks lah dulu.

"Doktor, saya nak scan check anak saya ni boleh? Lama period dia tak datang."

"Oh, umur awal remaja ni common sebenarnya untuk period irregular sebab sistem hormone still adjusting. Last period bila?"

"... hmm 5 bulan lepas" slow adik tu jawab.

Aku dah tak sedap hati la sebenarnya. 5 bulan ni lain macam.

"Lepas tu saya risau tengok perut dia tu macam besar sikit. Budak zaman sekarang ni macam-macam" maknya menambah.

Setelah itu, tanpa membuang masa doktor Amira terus memeriksa perut pesakit tersebut.

Apa yang mengejutkan doktor itu adalah apabila menyelak perut remaja tersebut nampak besar dan seperti ada ‘isi’.

Rupa-rupanya, sudah hamil lima bulan. Ibunya terkejut lalu memarahi anaknya itu.


Malah, dia bertanya sama ada boleh gugurkan kandungan anaknya itu atau tidak. Namun, kandungannya sudah cukup matang dan tidak boleh digugurkan.

"Okay takpe, jom kita scan tengok apa masalahnya" Aku tak berdalih dah, scan je la budak ni, kesian mak dia tak senang duduk.

"Minta izin selak baju ya, kita scan dulu"

Slow adik ni selak baju menampakkan perut yang sedikit besar. Kita dah tengok macam-macam perut pesakit, kita kenal mana satu besar sebab buncit lemak atau ada isi. Bismillah aku letak probe.

Memang macam dijangka, nampak ada bayi dah berenang-renang pada skrin mesin scan. Sekali tengok ni rupa dah cukup sifat, kaki tangan semua dah ada, kalau nak tengok gender pun dah nampak.

"Ya ALLAH aku dah agak. Apa kau buat ni nak? Kau cakap takde buat apa-apa?!"

Maknya dah mula naik suara. Aku tahu bukan senang seorang mak nak hadam benda macam ni. Tapi aku kena kawal suasana dulu.

"Maaf ya puan, saya habiskan scan growth dulu. Kejap lagi kita bincang semula"

"Berapa bulan dah? Boleh gugurkan tak?" Direct soalan maknya. Iyalah dari tadi dia ke hulur hilir tak senang duduk, mungkin otak dah tak tahu apa nak buat.

"Kalau ikut pengiraan dalam 5-6 bulan. Tak boleh nak gugurkan"

No Image Caption



Selepas doktor itu bertanya kepada remaja berkenaan, dia memberitahu bahawa dia memang melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

Setel scan aku ajak adik ni duduk dulu, nak korek cerita. Terpaksa minta izin maknya untuk keluar kejap sebab nak one-to-one session je supaya adik ni buka cerita, dari tadi dia berdalih kata takde 'buat' apa-apa. Takkan la sperma lelaki mana-mana muncul dalam rahim awak ni dik.

"Okay, awak kena bagitahu betul-betul macam mana kejadian. Sebab kalau dah ada bayi dalam perut mesti dah ada hubungan seksual. Saya nak tahu perbuatan ini secara rela atau terpaksa?"

Lama jugak sebenarnya sesi pujuk untuknya buka cerita. Bukan nak sibuk tepi kain, tapi remaja tersebut terlalu muda untuk semua ni. Aku nak tahu lelaki tu kenalan atau tak, suka sama suka atau kena rogol.

Benda ni tak main-main, nak kena refer ke KK/ hospital kerajaan, nak kena report polis sebab kes bawah umur still dikira rogol walaupun kalau dia rela, nak kena bagi jabatan sosial noted supaya adik ni dan bayi nanti dapat proper outcome, refer paeds refer O&G, mungkin refer PSY jugak supaya dia boleh go through semua ni.

"Buat sekali je. BF ingat takkan pregnant. Tapi rasanya dia akan bertanggungjawab"

Naifnya adik ni. Setelah dikorek, lelaki tu beza umur lebih beberapa tahun darinya. Bila ditanya BF nya memang 'buat' dengan dia sahaja atau ada perempuan lain, dia pun tak boleh pastikan.

"Tapi doktor, kawan-kawan saya pun ramai dah 'buat' dengan BF diorang" hmm entah la dik.

Long story short, akhirnya refer ke KK berhampiran. Walaupun tak tahu adik ni akan dibawa ke sana ke tak. Maknya kata nak setel sendiri. Tak nak kecohkan.

Segala proses nak kena bagi pelbagai pihak dan department aku serah pada KK untuk selesaikan.

Sedih, ni bukan pertama kali jumpa kes mengandung luar nikah, yang islam ada yang bukan islam pun ada.


Dalam pada itu, doktor Amira juga sempat meninggalkan pesanan kepada anak gadis di luar sana, iaitu:

1. Girl, bila awak buat hubungan seksual dengan pasangan, tak kisah la satu kali je atau lebih, memang ada kemungkinan pregnant selagi awak tu perempuan yang dah datang haid.

2. ⁠Girls, tolong la jangan mudah percaya kata manis lelaki yang entah siapa-siapa, kalau dia boleh meminta 'lebih' pada awak sebelum kahwin, dia boleh minta pada sesiapa jugak, jangan naif sangat jadi pak turut apa lelaki nak.

3. ⁠Girls, tolong jadi perempuan gagah yang tak termakan pujuk rayu lelaki walaupun dia janjikan bulan bintang. Awak tahu dia tipu mana ada orang boleh bawa turun bulan, kalau gentleman sangat masuk meminang kahwin la then buat apa sahaja berdua, dunia ni kalian yang punya.

4. Apa yang salah tetap salah walau pun ramai orang buat. Dan benda betul tetap betul kalau pun takde orang buat. Takkan la kawan semua dah ada 'buat' dengan BF, nak rosakkan maruah dan hidup sendiri jugak

Di akhir perkongsian, beliau berharap pesakitnya berjumpa jalan keluar untuk perjalanan hidup yang masih jauh dan panjang, tidak mengambil apa-apa langkah yang lagi mendatang murka ALLAH.

Sebagai ibu bapa, besar tanggungjawab kita nak didik rasa malu dalam diri anak perempuan, dan sifat pelindung dalam diri lelaki.

Semoga ALLAH ilhamkan yang terbaik dalam membina generasi soleh dan musleh, serta dijauhkan dari fitnah dan ujian akhir zaman yang maha dahsyat.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang