DEMI menyelamatkan orang lain, seorang wanita ini sanggup dirinya dinodai perompak.

Kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Bratislava, Slovakia, pada Rabu lalu.

Menurut Daily News, wanita itu dikatakan nekad menyerah diri untuk melayan nafsu perompak tersebut.

Kronologi awal kejadian bermula ketika seorang lelaki datang ke stesen minyak itu.

Lelaki itu menghampiri seorang pekerja meminta wang dan mengugut untuk membunuh.

Setelah mengambil barang berharga di kaunter, perompak itu dikatakan mula mencederakan seorang pekerja.

Lalu pekerja tersebut melarikan diri ke pejabat belakang setelah didakwa ditumbuk oleh perompak itu.

Menurut agensi berita TASR memetik sumber polis, dengan tiba-tiba seorang wanita misteri memasuki stesen minyak itu melalui pintu belakang.

Wanita itu dikatakan misteri kerana dia bukan pekerja di stesen minyak berkenaan.

Kemudian perkara mengejutkan berlaku apabila wanita itu dikatakan melayani perbuatan terkutuk perompak berkenaan, difahamkan dia berusaha supaya perompak itu tidak melarikan diri.

The Sun melaporkan, sementara itu, pekerja di stesen minyak telah menghubungi polis.

Iklan

Dan ketika polis tiba, mereka mendapati wanita dan perompak itu sedang terbaring dalam keadaan terbogel di atas lantai.

Namun, tidak jelas tujuan wanita itu melakukan perbuatan tersebut oleh kerana takut diserang atau atas sebab-sebab lain.

Wanita misteri ini sanggup dinodai perompak demi selamatkan pekerja stesen minyak

Baca juga Jenazah Kapten Afwan dikebumikan, isteri mohon doa keluarga kuat

Iklan

Jurucakap polis Bratislava, Michal Szeiff berkata, anggotanya melihat perompak itu sedang menerima layanan seksual daripada wanita muda berkenaan.

Namun wanita itu memberitahu polis, “Bawa dia, saya tidak mahu lagi.”

Szeiff juga mengatakan berlaku sedikit pertengkaran sebelum itu dan akhirnya polis berjaya menangkapnya.