Wanita selamatkan dan rawat 28,000 kucing terbiar. Peruntuk RM70 juta setahun untuk pusat perlindungan
KUCING merupakan antara haiwan peliharaan yang paling banyak disayangi kerana sifatnya yang comel dan manja.
Gelagat yang menghiburkan juga sememangnya mencuit hati dan membuatkan jiwa berasa tenang dan bahagia.
Seperti yang kita semua tahu, individu pencinta kucing sanggup melakukan apa sahaja demi si bulus kesayangannya.
Baca juga Kenali bahaya penyakit kucing yang mampu menjangkiti manusia
Begitu juga dengan kisah Lynea Lattanzio, 67, yang menyediakan rumah untuk kucing-kucing peliharaannya, lapor Independent UK.
Ujar Lattanzio, pada tahun 1992, ayahnya telah meminta pertolongan beliau untuk mencari kucing yang baharu.
Wanita itu kemudian ke tempat perlindungan haiwan dan membawa pulang 15 ekor kucing.
“Sejak itu, hidup saya dikelilingi dengan kucing dan boleh dikatakan saya berada di kedudukan paling atas wanita aneh yang gilakan kucing,” katanya.
Pencinta si bulus itu sambil tertawa berkata, dirinya berkemungkinan mencatat rekod apabila telah mengambil dan menjaga lebih 28,000 ekor kucing sejak mendirikan The Cat House On The Kings.
Pusat itu kini menempatkan hampir 800 ekor kucing dewasa dan 300 anak kucing yang rata-ratanya merupakan haiwan liar dan terbiar.
“Kawasan perlindungan yang terletak di California itu memberi ruang kepada kucing untuk bergerak bebas di tanah seluas 12 hektar," katanya.
Kuantiti haiwan peliharaan yang banyak menyebabkan Lattanzio terpaksa berpindah dan menempatkan 'mereka' di rumah yang mempunyai lima buah katil.
Lattanzio sempat berseloroh dan berkata, tiada ruang untuk dirinya kerana berkongsi bilik dengan 60 ekor kucing termasuk dan anjing.
KOS PENJAGAAN YANG MAHAL
Beritahu beliau lagi, tempat perlindungan itu menelan perbelanjaan bil kira-kira RM70 juta setahun termasuk yuran kakitangan, makanan, sampah, penyelenggaraan dan perubatan.
“Saya mengeluarkan duit daripada poket sendiri selama tujuh tahun ketika mula-mula menguruskan tempat ini. Saya mengunakan wang persaraan dan menjual kereta dan cincin perkahwinan,” katanya.
Menariknya di sana, selain hospital, terdapat unit rawatan rapi, tempat kuarantin untuk kedua-dua kucing dan anak kucing.
Pun demikian, Lattanzio sedang memasang matlamat untuk mencari rumah baharu bagi kucing peliharaannya.
“500 ekor kucing yang dipelihara kini juga bersedia untuk diambil sebagai anak angkat,” ujarnya.
Bukan sahaja di luar negara, di Malaysia juga ada orang yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit demi merawat dan menjaga kucing terbiar.
Kalau anda masih ingat kisah Mohd Taufik Md Zain yang menyelamatkan dan mengutip kucing terbiar sejak tahun 2009.
Berdasarkan laporan, beliau mengeluarkan wang lebih RM3,000 sebulan bagi tujuan pembelian ubat, makanan dan keperluan lain untuk haiwan terbiar itu.
Memang banyak kan kos untuk menjaga haiwan peliharaan.
Memang terbaiklah orang yang sanggup berkorban tenaga dan masa demi melindungi haiwan-haiwan terbiar.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang