IKON bola sepak terkenal Inggeris, David Beckham kini di ibu negara. Menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu acara di The Exchange TRX, bekas bintang Manchester itu sempat merakamkan foto berlatarkan menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas atau KLCC.

Menzahirkan rasa kagum pemandangan bangunan mercu tanda Malaysia itu, Beckham, 48, turut teruja melihat pemandangan di sekitarnya.

“Wow, pemandangan yang mengagumkan di bandar Malaysia (Kuala Lumpur),” tulisnya di laman sosial Instagram.

Hantaran bekas Kapten England dan pemilik bersama Inter Miami itu menjadi perhatian selebriti dan warga maya.

Rata-rata meluahkan rasa teruja melihat Beckham berada di tanah air. Ujar mereka:

– Astaga, bagi tahulah nak datang, nanti aku boleh ambil bawak makan-makan dan jalan-jalan.” – @fahmiapexs

– “Abang Beckham. Turun KL tak roger.” – @thefaizzainal

– “So happy to meet you today @davidbeckham ! Still can’t believe I met you today!” – @shengyikoh

– “Welcome to Malaysia.” – @danialamsyar

Baca juga: Anak malu dihantar David Beckham ke sekolah, minta berhenti jauh

Baca juga: David Beckham terima menantu anak bilionair, kos majlis kahwin RM22.03 juta

Baca juga: Jersi nombor 7 Cristiano Ronaldo laku keras, berikut 5 pemain legenda nombor 7 dalam sejarah bola sepak

Beckham atau nama penuhnya David Robert Joseph Beckham pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain.

Iklan

Beliau malah bermain untuk pasukan kebangsaan England dan mencatat rekod penampilan terbanyak.

Terkenal dengan hantaran bola dan sepakan percuma melentur, beliau meraih tempat kedua untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak dua kali dan tersenarai dalam FIFA 100 sebagai salah seorang pemain terhebat di dunia yang masih hidup.

20 tahun karier di padang, tuan punya badan kemudiannya mengumumkan persaraan di akhir musim 2012/2013.

Iklan

Bintang yang memiliki kekayaan sebanyak AS$450 juta itu berkahwin dengan penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!