1 maut, 1 cedera terjatuh roda Ferris 'fun fair' Cheras, 10 fakta lengkap mengenainya

A
A
A

SEMALAM menjadi bualan hangat masyarakat tentang tragedi maut di sebuah tapak pesta ria (fun fair).

Kejadian yang berlaku di fun fair yang terletak berhampiran pusat beli-belah di Cheras Selatan itu meragut nyawa seorang lelaki manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas terjatuh dari buaian berpusing (roda Ferris).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman, ini 10 fakta mengenainya;

1. Polis menerima maklumat kejadian daripada pekerja tapak pesta ria berkenaan pada 12.05 tengah malam (Rabu).

2. Saksi memaklumkan dua lelaki terjatuh dari buaian permainan fun fair.

3. Salah seorang mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.

4. Seorang lagi mangsa berusia 30-an mengalami kecederaan.

1 maut, 1 cedera terjatuh roda Ferris 'fun fair' Cheras, 10 fakta lengkap mengenainya

7. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan.

8. Siasatan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Baca juga Awas! 4 perkara yang biasa dilakukan boleh menyebabkan telinga pekak

9. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada terdapat unsur kecuaian pada pihak pemilik fun fair mahupun mangsa sendiri.

10. Polis meminta individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 atau balai polis berdekatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca