10 cara atasi mengantuk selepas makan tengah hari.. nombor 7 tu 'rare'
PERNAHKAH anda terfikir, mengapa anda terasa mengantuk selepas makan tengah hari, walaupun telah mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam?
Sekiranya anda seorang pelajar ataupun pekerja yang memerlukan tenaga dan fokus yang tinggi semasa bekerja, masalah ini pasti akan membebankan.
Oleh hal yang demikian, di sini SinarPlus senaraikan 10 tips hilangkan mengantuk selepas makan tengah hari :
1. Cuba Qoilullah (tidur) sekitar 10 minit sewaktu lunch hour2. Duduk tegak hadap Kiblat
3. Masa fresh, buat kerja yang berat atau yang boring dulu.
4. Stop kerja dan berjalan setiap 30 minit untuk rangsang perjalanan darah.
Artikel berkaitan: Khasiat Jus Nanas Panas yang ramai tidak tahu
5. Bila letih, buat recharging breathing: tarik nafas 7 bilangan (saat), tahan 7 bilangan & lepaskan nafas 7 bilangan. Lakukan 10 kali agar darah kaya oksigen dan dapat supply ke otak.6. Tengok gambar orang yang tersayang.
7. Reach out - call or whatsapp someone.
8. Senyum to be cheerful
9. Be the reason or create reason for someone around you to smile.
10. Berdoa untuk ceria.
Ini dia pesanan Tok Abah yang berkongsi tips kalau selalu mengantuk di pejabat lepas lunch hour.
Tok Abah campur Bahasa Melayu dan English bagi sel otak bersambung sikit.
Jom ceria!
Sumber : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang