Faizal Tahir sanggup tidur atas tikar, menyamar jadi ‘Ahmad’ bantu mangsa banjir enggan dikenali. 'Kantoi ada orang buka YouTube...'
PENYANYIFaizal Tahir bukan sahaja terkenal dengan bakat seni, malah aktif dalam aktiviti kesukarelawanan. Figura yang sentiasa merendah diri itu baru-baru ini meraih perhatian ramai ketika menyertai satu misi bantuan banjir di kawasan pedalaman.
Ketua Pengawai Eksekutif MyFundAction, Dr Ghafur Rahim Mustakim mendedahkan sifat rendah diri pelantun lagu Sampai Syurga, Bencinta, Karma dan Gemuruh itu terserlah apabila dikatakan menyamar sebagai orang biasa menggunakan nama Ahmad ketika menyertai satu misi bantuan banjir di kawasan pedalaman.
"Kadang-kadang, sekeping gambar kelihatan biasa pada zahirnya namun menyimpan seribu kenangan. Semoga ALLAH merahmati insan ini. Walaupun sudah bergelar artis terkenal, memenangi puluhan anugerah dalam industri, miliki jutaan peminat dan bayaran persembahan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit bagi satu jemputan, dia masih sanggup hidup dalam serba kekurangan.
"Untuk misi kali ini, dia terpaksa bermalam di rumah mangsa banjir kerana lokasi kawasan bantuan jauh daripada mana-mana kemudahan penginapan. Berkali-kali juga ditanya, “Abang ok ke kalau kita tinggal di rumah orang kampung?” Jawapannya ringkas sahaja, “Ok. No problem,” kongsinya.

Artikel penuh:
- ‘ALLAH tahu yang apa terbaik.’ Faizal Tahir sebak kongsi kisah anak ‘luar biasa’
- Alif Satar & Faizal Tahir ajak Qiyam Macam Jumaat, doakan saudara di G@za
Lokasi misi bantuan banjir ketika itu mencabar dan memerlukan semua aktivis tidur di rumah mangsa.
Biarpun jadual padat dan memenatkan namun bapa kepada tujuh cahaya mata itu laluinya tanpa rungutan atau sebarang permintaan.
"Tidur tanpa kipas dan tilam, memang tidur beralaskan tikar. Malah selimut pun tiada dan tandas pun tak sempurna. Bayangkan malam penuh nyamuk manakala makan pula jangan cakaplah, seadanya.
"Fuh mencabar, tapi menariknya sepanjang misi ini dia langsung kompelin atau demands apa-apa.
"Walaupun misi penuh cabaran, keluar awal pagi, turun edar bantuan sampailah waktu berbuka puasa. Dia tiada minta untuk rehat, malah siap tanya lagi apa lagi yang boleh buat. Tidak mahu duduk rehat katanya. Masya-ALLAH tidak berkira masa, tenaga dan duit," titip Ghafur.

Dalam pada itu, Faizal juga enggan memperkenalkan dirinya sebagai selebriti kerana tidak mahu menerima layanan berbeza daripada sukarelawan lain.
"Dia tak mengaku artis dan perkenal diri sebagai Ahmad. Kantoi pun sebab ada orang buka YouTube. Tengok muka samalah dengan orang yang menyanyi dengan Harris J.
"Apabila tanya kenapa tidak mahu perkenal diri sebagai artis, jawapan menikam kalbu sebab tidak mahu ada layanan berbeza-beza.
"Refleksi buat diri, moga boleh jadi contoh. Semoga ada lebih ramai orang seperti ini, insya-ALLAH.
"Aceh, Gaza, Sudan dan masih banyak lagi yang berduka.
"Ya ALLAH berkat Ramadan ini angkatlah semua kedukaan ini. Ajarkan kami syukur. Syukur dan sabar," kongsinya.
Faizal terdahulu pernah mengikuti misi bantuan kemanusiaan di beberapa lokasi termasuk Banda Aceh pada 2016.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
