AMALAN kerja dari rumah merupakan salah satu altenatif yang perlu diambil oleh kawasan-kawasan yang kini sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai salah satu langkah bagi menangani penularan Covid-19.

Sebenarnya konsep bekerja dari rumah (BDR) bukanlah fenomena baharu. Ia merupakan satu bentuk pengaturan kerja fleksi yang bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi organisasi, malah ia boleh meningkatkan kepuasan kerja khususnya dalam kalangan wanita berkeluarga yang berkerjaya.

Jika terpaksa bekerja dari rumah sepanjang PKPB ini beberapa perkara yang kita perlu ambil kira terlebih dahulu. Antaranya adalah seperti :

  1. Tetapkan ruang kerja

Sediakan satu ruangan khas untuk persiapan bekerja di rumah. Ini adalah cara menghantar mesej yang jelas kepada otak untuk lebih fokus semasa bekerja.

10 tip bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKPB yang lebih sistematik

Jauhkan diri daripada kawasan tersebut setelah tamat waktu kerja.

  1. Sentiasa bergerak

Jangan hadkan satu ruangan saja. Kita boleh siapkan kerja di beberapa lokasi lain dalam rumah. Ini bagi mengelakkan kebosanan dan menjaga postur tubuh.

  1. Bersedia setiap hari

Sebelum mula bekerja, persiapkan diri. Ia boleh dimulakan dengan mandi dan mengambil sarapan pagi. Pakai pakaian yang selesa untuk bekerja. Tidak salah juga jika bersolek.

  1. Buat jadual

Buat jadual harian agar tugas kerja dan tanggungjawab di rumah dapat berjalan dengan seiring dan teratur. Tentukan waktu bekerja dan masa untuk menguruskan rumah tangga.

  1. Buat pelan pemakanan

Jangan terlalu fokus bekerja sehingga mengabaikan waktu makan dan jangan pula asyik mengunyah snek sehingga kerja tertunda.

Pilih makanan yang berkhasiat yang mampu menguatkan memori dan penumpuan seperti telur dan coklat gelap.

  1. Bekerja dengan bayi dan anak kecil

Ada anak kecil? Tiada masalah, boleh cuba dengan meletakkan katil atau buaian bayi berdekatan dengan ruangan kerja.

10 tip bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKPB yang lebih sistematik

Gunakan waktu ketika bayi tidur untuk kita fokus pada kerja atau bermesyuarat secara dalam talian.

Jika ada anak yang lebih dewasa, minta si kecil untuk sama-sama menjaga adiknya. Berikan anak aktiviti menarik untuk dilakukan semasa kita melunaskan kerja pejabat.

Iklan
  1. Beri perhatian kepada keperluan emosi anak

Anak kecil mungkin memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih pada ketika ini.

Oleh itu, cuba luangkan sedikit masa untuk bersama si manja seperti menonton televisyen atau makan bersama untuk seketika. Anak gembira, kita pun tenang meneruskan kerja.

  1. Berkongsi komputer dengan anak

Tak salah jika kita berkongsi komputer dengan si kecil, tegaskan pada anak waktu kita bekerja. Berikan padanya hanya bila kita sedang berehat atau tidak menggunakan komputer.

10 tip bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKPB yang lebih sistematik

Iklan
  1. Tentukan apa yang anda ingin dengar dan lihat

Usah hilang fokus kerja dengan mengambil tahu terlalu banyak berita berkenaan wabak Covid-19. Tentukan jenis media yang anda ikuti dan block sebarang berita yang tidak digemari.

Jika mahu kekal mendapat informasi terkini tentang wabak Covid-19, peruntukkan sedikit waktu untuk membaca berita.

  1. Nikmati masa di rumah

Mungkin situasi berada di rumah ini tidak sama ketika waktu normal sebelum PKPB dilaksanakan.

Tetapi kita masih boleh menikmati setiap waktu di rumah dengan melakukan pelbagai perkara bagi menghilangkan tekanan sewaktu bekerja, seperti melihat seketika pemandangan dari balkoni rumah dan menghirup udara nyaman di luar rumah buat seketika.

Semoga bermanfaat!